Harian Metro

Beri wang perlindung­an

„ Pengedar dadah akui salur dana kepada pegawai polis, senator

- AP

Seorang pengedar dadah yang juga anak seorang datuk bandar semalam mengaku di hadapan sebuah jawatankua­sa Senat bahawa dia memberi wang perlindung­an berjumlah jutaan peso kepada pegawai polis dan seorang Senator.

Rolando Espinosa jr adalah anak Datuk Bandar Albuera, Rolando Espinosa yang mati ditembak dalam pertempura­n di penjara beberapa minggu lalu..

Dalam keterangan­nya, Espinosa berkata, dia menyerahka­n wang lapan juta peso (RM714,534) kepada pengawal keselamata­n Senator Leila de Lima tahun lalu.

Leila ialah bekas setiausaha kehakiman yang dituduh Presiden Rodrigo Duterte menerima wang daripada pengedar dadah melalui pengawal peribadi yang juga kekasihnya, Dayan, bagi membiayai kempen pilihan raya.

Bagaimanap­un, Leila yang sebelum ini dipecat daripada mengetuai siasatan kempen antidadah Duterte menafikan menerima wang daripada Espinosa dan mendakwa dia tidak mengenali lelaki itu.

Espinosa yang dibawa pulang selepas ditangkap di Abu Dhabi berkata, dia hanya berurusan dengan Dayan yang membawanya bertemu Leila seketika di Baguio tahun lalu. Mereka juga sempat bergambar bersama.

Leila mendakwa, dia sedang berkempen pada waktu itu dan ramai yang mahu bergambar dengannya.

Dayan pula ditangkap minggu lalu selepas beberapa minggu bersembuny­i.

Penyokong Duterte di Dewan Perwakilan membawa Dayan kepada media Selasa lalu dan dia mengaku mengambil wang daripada Espinosa selepas diarahkan Leila.

Dayan dan Leila pernah membuat pengakuan bahawa mereka pernah bercinta beberapa tahun.

Bapa Espinosa ditahan bulan lalu kerana disyaki terbabit dalam pengedaran dadah.

Dia bersetuju bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tetapi terbunuh dalam kejadian tembak-menembak dengan pegawai penjara pada 5 November lalu.

 ??  ?? ROLANDO Espinosa jr mengangkat sumpah sebelum memberi keterangan di hadapan panel Siasatan Senat di Manila, semalam. - AP
ROLANDO Espinosa jr mengangkat sumpah sebelum memberi keterangan di hadapan panel Siasatan Senat di Manila, semalam. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia