Harian Metro

Misi sekat Australia

- AFP

„ Fowler, Walker buru rekod kejuaraan Piala Dunia Golf kali ke-25 buat AS

R(gambar)

ickie Fowler dan Jimmy Walker memburu rekod kejuaraan Piala Dunia Golf kali ke-25 buat Amerika Syarikat (AS) sekali gus menghalang impian Australia meraih kejuaraan berturut-turut di Melbourne hujung minggu ini.

Pasangan AS itu melakukan penampilan sulung pada Piala Dunia di Kingston Heath namun Walker berkata, mereka mengintai peluang untuk menjulang trofi itu.

“Davis (Love) menghantar kami mesej beberapa hari lalu,” jelas pemain nombor 19 dunia Walker, semalam.

“(Menurut mesej itu:) ‘Lakukan apa yang Fred die (Couples) dan saya lakukan hari itu, bawanya pulang.’ Saya masih ingat menyaksika­n ia berlaku.

“Dia tahu apa yang berlaku. Dia tahu dua pemain ini datang ke sini untuk bermain dan berpeluang membawanya pulang.”

Couples dan Love menang empat kejuaraan Piala Dunia berturut-turut pada 1990-an.

“Saya pernah beraksi baik di sini,” ujar Fowler, pemain ranking ke-12. “Jimmy juga bermain bagus di sini dan corak pertanding­an di sini sesuai dengan permainan kami kerana kami suka memukul bola yang mengagumka­n.”

Piala Dunia Golf di Kingston Heath Golf Club menampilka­n 28 negara dengan dua pemain setiap negara beraksi stroke play sebanyak 72 lubang. Hari pertama dan ketiga mempertaru­hkan format foursomes manakala hari kedua dan terakhir fourballs.

Australia diwakili Adam Scott dan Marc Leishman akan bermain pusingan pertama hari ini di samping dua pemain Amerika itu.

Pemain nombor satu dunia Jason Day, yang tidak beraksi kali ini kerana kecederaan belakang, memenangi kejuaraan idividu buat Australia pada 2013 manakala Day dan Scott merangkul kejuaraan berpasukan bagi jumlah pukulan agregat terbaik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia