Harian Metro

‘Vietnam bernasib baik’

-

“Kami bernasib baik menang,” kata jurulatih Vietnam Nguyen Huu Thang selepas menyaksika­n anak buahnya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Harimau Malaysia dalam pertembung­an Kumpulan B Piala AFF 2016 semalam.

Jaringan pemain tengah Nguyen Trong Hoang pada minit ke-79 sudah cukup untuk Vietnam mengumpul enam mata sekali gus menjadi pasukan pertama Kumpulan B layak ke separuh akhir.

Menurut Huu Thang, strategi diterapkan Harimau Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee cukup menyukarka­n mereka.

“Ia perlawanan yang sukar, Malaysia cukup hebat ketika bertahan manakala mereka memberi ancaman dengan bola tinggi. Kami bernasib baik dapat menjaringk­an gol ketika Malaysia gagal memanfaatk­an peluang yang ada.

“Kami sudah melayakkan diri ke separuh akhir jadi pemain sudah tidak ada tekanan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan semalam.

Vietnam juara 2008 yang tersingkir di separuh akhir kepada Malaysia dua tahun lalu perlu menewaskan Kemboja pada perlawanan terakhir Sabtu ini bagi mengesahka­n status selalu juara kumpulan.

Kemenangan ke atas Malaysia yang kedua dalam kempen kali ini selepas menundukka­n Myanmar 2-1 pada aksi pembukaan Ahad lalu.

Sementara itu, bagi penjaring gol Trong Hoang, dia lega dapat membantu kemenangan pasukan selepas mensia-siakan peluang sebelum itu.

“Saya minta maaf kerana terlepas peluang menjaringk­an gol kerana ini perlawanan penting, tapi saya tetap fokus dan berusaha. Gol ini saya hadiahkan kepada semua penyokong Vietnam yang sentiasa memberikan sokongan,” katanya.

 ?? Khairul Fahmi Che Mat ?? KIM Swee mahu pemain lupakan kekalahan. Ia memang kesilapan kami tapi masih ada perlawanan selepas ini, jadi peluang untuk ke peringkat seterusnya tetap ada”
Khairul Fahmi Che Mat KIM Swee mahu pemain lupakan kekalahan. Ia memang kesilapan kami tapi masih ada perlawanan selepas ini, jadi peluang untuk ke peringkat seterusnya tetap ada”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia