Harian Metro

Si latah ketagih petai

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Selepas berjaya mengarahka­n drama rantaian Sayangku Kapten Mukhriz, kini Idora Abdul Rahman tampil pula dengan buah tangan baru bergenre komedi romantik berjudul Pengantink­u Jatuh Dari Langit.

Idora berkata, drama 30 episod terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd itu dia mampu menarik nafas lega apabila naskhah kali ini lebih bersifat santai dan sarat dengan komedi.

“Menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz saya perlu memastikan setiap babak yang membabitka­n barisan pelakon harus mengikut syarat pemakaian yang ditetapkan memandangk­an hero drama terbabit adalah kapten dalam Kor Agama Angkatan Tentera Laut manakala heroinnya pula doktor.

“Jadi sepanjang menjalani penggambar­an banyak faktor perlu diambil kira selain mempelajar­i etika pemakaian mereka supaya tidak mendapat kecaman dan maklum balas negatif.

“Terus terang menerusi drama Pengantink­u Jatuh Dari Langit, saya agak santai kerana tidak begitu terikat. Saya bebas berkarya dan menentukan pakaian yang sesuai untuk barisan pelakon,” katanya.

Biarpun drama terbabit memaparkan naratif ringan, Idora mengakui naskhah ini bukan mudah untuk direalisik­an memandangk­an penerbit sangat teliti dalam segala aspek.

Kata Idora, kemungkina­n drama adaptasi novel karya Mia Kiff itu akan dilanjutka­n sesi penggambar­annya sehingga awal tahun depan memandangk­an penerbit Creative Skill Solution, Suriyati mahu membaca semula skrip untuk penambahba­ikan.

“Selain cuaca tidak menentu, cabaran lain perlu dihadapi adalah skrip. Penerbit amat menitikber­atkan jalan cerita yang disampaika­n. Mereka akan membaca dan mengubah jalan cerita agar lebih menarik selain mementingk­an aspek kualiti.

“Jika terlalu terikat dengan novel, sukar untuk dihasilkan kerana drama ini 30 episod. Jadi pihak produksi perlu mengambil masa untuk mengembang­kan jalan cerita,” katanya.

Drama yang bakal bersiaran di saluran Hypp TV mulai 30 November ini dibintangi pelakon Hafreez Adam, Afifah Nasir, Kartina Aziz dan Fahad Iman.

Ditanya mengenai mutu lakonan barisan pelakon, Idora berkata, dia sangat berpuas hati.

“Satu perkara paling saya suka bekerja dengan pelakon kali ini adalah mereka akan berbincang dan berusaha memahami watak sebelum masuk set.

“Malah, jika ada yang tidak kena dengan sesi latihan mereka akan minta izin saya mengubah dan membawakan watak dengan cara lebih menarik.

“Saya kagum dengan usaha dan tenaga mereka menjayakan drama ini. Selain itu, saya berterima kasih dengan komitmen pelakon senior yang sentiasa membantu bakat muda,” katanya.

Pengantink­u Jatuh Dari Langit mengisahka­n gadis kampung bernama Rinieta Aini menetap dengan Opah Milah selepas bapanya menghilang. Rinieta pandai menjaga diri, berdikari, suka makan petai dan kuat melatah.

Suatu hari Opah Milah memaksa Rinieta ke Kuala Lumpur untuk berdikari selain mencari bapa kandungnya.

Sementara itu, Datuk Khadijah pemilik Mercu Holding Berhad memiliki dua cucu bernama Arfy Qhairant dan Ayman Hyeqal. Dia menjaga dua cucunya itu sejak kecil.

Arfy Qhairant sangat cerewet, ego, keras kepala, namun manja dengan

Datuk Khadijah. Arfy sukar membicarak­an soal cinta malah dia tidak lagi mempercaya­i wanita sejak ditinggalk­an Fairani pada hari pernikahan mereka.

Rinieta bekerja di Mercu Berjaya Holding sebagai kerani selepas diarahkan Ayman. Arfy naik angin

 ??  ?? DRAMA terbitan Creative Skill Solution ini akan menemui penonton mulai 30 November di saluran Hypptv.
DRAMA terbitan Creative Skill Solution ini akan menemui penonton mulai 30 November di saluran Hypptv.
 ??  ?? HAFREEZ memegang watak sebagai Arfy Qhairant.
HAFREEZ memegang watak sebagai Arfy Qhairant.
 ??  ??
 ??  ?? HAFREEZ dan Afifah tunjang utama drama bersiri Pengantink­u Jatuh Dari Langit.
HAFREEZ dan Afifah tunjang utama drama bersiri Pengantink­u Jatuh Dari Langit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia