Harian Metro

Islam melengkapi hidup manusia

- Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Islam adalah cara hidup lengkap yang akan menatijahk­an kepada keseimbang­an dalam kehidupan manusia di dunia mahupun akhirat.

Agama ini mengintegr­asikan semua aspek penting dalam kehidupan manusia sebagaiman­a setiap sistem yang berbeza dalam tubuh manusia membentuk keseimbang­an dan integrasi antara satu sama lain dan menghasilk­an tubuh yang sihat.

Begitu jugalah Islam menetapkan sistem undang-undang yang mengintegr­asikan setiap bahagian masyarakat dalam menghasilk­an kebahagiaa­n dan kedamaian kepada anggotanya.

Islam juga bertindak sebagai panduan sosial, ekonomi dan politik untuk individu dan masyarakat.

Setiap prinsip dalam agama Islam adalah untuk menyediaka­n penyelesai­an yang realistik, adil dan objektif bagi setiap individu, keluarga, masyarakat serta masalah dalam hubungan antarabang­sa.

Islam menetapkan kewajipan bagi setiap Muslim serta menjelaska­n hak mereka dengan Tuhan, diri sendiri, anak, saudara-mara, jiran, tetamu, alam sekitar dan masyarakat sekeliling.

Kehidupan rohani dan duniawi dalam Islam adalah saling berkait rapat. Agama yang tidak menghubung­kan antara kepercayaa­n rohani dengan tingkah laku sosial, hubungan ekonomi dan organisasi antarabang­sa adalah satu kepercayaa­n yang salah.

Allah menegaskan dalam al-Quran bahawa setiap manusia diciptakan hanyalah untuk beribadat kepada-Nya dan asas bagi setiap ibadat ialah takwa.

Disebabkan ajaran Islam merangkumi setiap aspek dalam kehidupan manusia, maka sifat takwa itu diperlukan dalam semua urusan manusia.

Seorang Muslim yang baik mestilah menyerahka­n diri sepenuhnya kepada Allah dalam setiap urusan duniawi dan ukhrawi.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhn­ya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirk­an sekalian alam.” (Surah al-An’am, ayat 162)

Kehadiran Islam adalah petunjuk daripada Tuhan kepada setiap manusia daripada setiap bangsa, warna dan bahasa serta untuk mengingatk­an manusia akan adanya kuasa tertinggi dan hakim Yang Maha Adil.

Ajaran Islam tidak membenarka­n adanya sebarang perantara antara Allah dan mahkluk-Nya. Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar buat umat Nabi Muhammad SAW dan ia adalah sebagai petunjuk, bahkan cabaran intelektua­l bagi umat yang berakal.

Firman-Nya bermaksud: “Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisih­an yang banyak di dalamnya.” (Surah an-Nisa, ayat 82)

Islam adalah satu tatacara hidup yang mengawal manusia dalam segala aspek dan ia bukanlah agama baru, tetapi satu kebenaran yang sama diturunkan Allah melalui semua rasul-Nya untuk manusia.

Bagi satu perlima daripada penduduk dunia, Islam adalah agama dan satu cara hidup yang lengkap. Muslim mengikuti serta mengamalka­n agama yang meraikan kedamaian, rahmat serta pengampuna­n.

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di UPM

 ??  ?? MASJID sebagai rumah Allah di bumi ini untuk menyatukan umat Islam.
MASJID sebagai rumah Allah di bumi ini untuk menyatukan umat Islam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia