Harian Metro

Terserempa­k haiwan liar perkara biasa

-

Johor Bahru: Terserempa­k dengan haiwan liar seperti babi hutan dan ular tedung antara cabaran pernah ditempuhi pasukan Mixed Bike Club (MBCC) ketika membuat latihan kayuhan dalam hutan sebagai persediaan menghadapi saingan Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) Grand Prix 2016.

Cabaran itu tidak menjadi batu penghalang, bahkan mereka terus berlatih sambil menikmati kepuasan merentas laluan hutan serta menawan bukit dan meredah kawasan berair.

Enam peserta MBCC dari Melaka itu kini sudah bersedia dan tidak sabar menunggu ketibaan tarikh perlumbaan yang dinanti-nantikan peminat sukan basikal lasak ini.

Presiden MBCC Hairul Azrie Abd Aziz berkata, walaupun melalui detik cemas dalam hutan, pasukannya dapat menghadapi dengan tenang ketika membuat latihan di Bukit Sayeh, Bukit Botak dan Bukit Permata di Melaka.

“Sewaktu berkayuh ada juga jumpa anak ular tedung selar dan babi hutan. Selain jumpa binatang buas ini ada ahli yang jatuh terseliuh dan mengalami luka.

“Antara halangan yang biasa dilalui adalah bukit setinggi 100 meter dengan laluan berlumpur. Kami juga meredah anak sungai dan ‘single trail’,” katanya semalam.

Selain membuat latihan di kawasan bukit, pasukannya juga turut membina sendiri trek yang dinamakan trek Xco Krubong untuk latihan ‘Skill Handling’ sejauh 4.5 kilometer dengan laluan berbukit, batu dan semak samun.

Pasukan yang ditubuhkan pada Mac 2015 itu dianggotai 25 pelumba berusia seawal 25 hingga 59 tahun, mengikuti dua program kayuhan dianjurkan sekitar Semenanjun­g Malaysia dua kali seminggu.

“Nama Mixed Bike itu kerana masing-masing menggunaka­n basikal berlainan jenama. Jadi untuk memudah dan memuaskan hati semua ahli, kami pilih nama itu yang ditubuhkan secara rasmi pada 3 Mac 2015,” katanya.

 ??  ?? AHLI pasukan MBCC.
AHLI pasukan MBCC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia