Harian Metro

TIBA-TIBA BAWAH TRELER

- Siraj Mohd Zaini dan Nur Izzati Izah Nadzi hmetroshah­alam@hmetro.com.my

Rakan setugas tidak sedar anggota JPJ digilis Treler berkenaan memang sudah berhenti di bahu jalan dan arwah berseorang­an memeriksa lori kontena di depan treler itu. Tidak lama kemudian, treler berkenaan bergerak”

Sumber

Shah Alam

“Saya tidak sedar mengenai kemalangan yang menimpa arwah kerana sedang memeriksa sebuah lori dan hanya dimaklumka­n oleh penunggang motosikal yang menyaksika­n kejadian,” kata rakan setugas penguat kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Selangor yang meninggal dunia akibat digilis treler, Mohd Ridzuan Yusoff, 34, di susur keluar Plaza Tol Setia Alam di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Mohd Ridzuan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

Rakan setugas arwah yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia berada kira-kira 30 meter di belakang treler yang menggilis arwah.

“Treler berkenaan memang sudah berhenti di bahu jalan dan arwah berseorang­an memeriksa lori kontena di depan treler itu. Tidak lama kemudian, treler berkenaan bergerak.

“Selepas dimaklumka­n oleh penunggang motosikal berkenaan, saya dan dua rakan setugas berlari ke depan sebelum mendapati arwah dalam keadaan terbaring di bawah treler terbabit,” katanya.

Menurutnya, dia dan beberapa penguat kuasa lain baru tiba di depan hentian Plaza Tol Setia Alam untuk menjalanka­n pemeriksaa­n rutin terhadap kenderaan berat kira-kira lima minit sebelum kemalangan berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

“Siasatan awal mendapati, pemandu treler berusia 68 tahun itu dipercayai tidak perasan mangsa berada di depannya ketika dia mahu membelok masuk ke laluan utama.

“Berdasarka­n maklumat, pemandu treler berkenaan berhenti di laluan berkenaan dan tidak terbabit langsung dalam pemeriksaa­n dilakukan anggota JPJ di lokasi.

“Kami sudah merekodkan keterangan pemandu treler itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? JENAZAH Mohd Ridzuan selamat
dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Solok Setulang,
Bukit Rambai. ANGGOTA JPJ dan pegawai kesihatan membawa adik mangsa yang pengsan ketika menunggu ahli keluargany­a di Hospital
Shah
Alam. ISTERI dan anak mangsa tidak...
JENAZAH Mohd Ridzuan selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Solok Setulang, Bukit Rambai. ANGGOTA JPJ dan pegawai kesihatan membawa adik mangsa yang pengsan ketika menunggu ahli keluargany­a di Hospital Shah Alam. ISTERI dan anak mangsa tidak...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia