Harian Metro

MENCARI UFUKKL

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Bukit Ampang tumpuan orang ramai lihat keindahan sinaran lampu Kuala Lumpur

Mencari ketenangan dengan menghayati keindahan panorama ibu kota antara daya tarikan utama Bukit Ampang, di sini, yang begitu terkenal sebagai lokasi tumpuan orang ramai bagi menghabisk­an cuti hujung minggu untuk bersantai.

Kawasan yang dikeliling­i hutan itu yang terletak kira-kira 25 kilometer dari ibu kota ini menjanjika­n pemandanga­n yang begitu mengujakan dan boleh dikatakan lokasi bersesuaia­n untuk melihat keindahan sinaran lampu Kuala Lumpur.

Bukit Ampang suatu ketika dahulu kurang popular kerana terletak di lokasi jauh dari pusat bandar raya selain tiada kemudahan seperti gerai makan dan tempatnya juga agak sunyi.

Namun, segalanya berubah kerana Bukit Ampang begitu meriah dengan kehadiran orang ramai terutama pada hujung minggu seolah-olah terdapat pesta di kawasan terbabit.

Pengunjung, Azmir Mohamad, 35, dari Sungai Buloh berkata, Bukit Ampang adalah lokasi bersesuaia­n untuk menenangka­n fikiran sambil melihat keindahan ibu kota pada waktu malam.

Azmir yang berniaga sendiri berkata, walaupun lokasi berkenaan terletak agak jauh dari rumahnya, namun ia mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri hingga menjadi pilihan warga kota untuk memenuhi jadual hujung minggu mereka.

“Pemandanga­n juga cukup mempesonak­an dan dapat menenangka­n fikiran selepas mengharung­i kesibukan kota yang sentiasa serabut dengan keadaan trafik pada waktu bekerja,” katanya ketika ditemui, di sini.

Sementara itu, Rosmah Halim, 40, berasal dari Gombak pula berkata, hampir setiap minggu dia bersama keluargany­a ke Bukit Ampang untuk menikmati pemandanga­n bandar raya sambil menikmati makanan yang disediakan di gerai jualan.

“Bukit Ampang juga antara lokasi bersesuaia­n untuk melihat percikan bunga api pada waktu tertentu seperti sambutan Hari Kebangsaan ataupun pada musim perayaan. Selain itu, terdapat banyak gerai jualan di kiri dan kanan jalan, sekali gus memudahkan pengunjung,” katanya.

Selain itu, kehadiran orang ramai di kawasan terbabit juga memberikan limpahan rezeki kepada individu yang membuka gerai masing-masing untuk meraih pendapatan sampingan.

Peniaga, Razak Ali, 50, berkata, Bukit Ampang mula menjadi tumpuan sejak tiga tahun lalu apabila semakin banyak gerai jualan dibuka apabila lokasi berkenaan mula dikunjungi orang ramai.

“Sebelum ini, Bukit Ampang hanya lokasi melepak hujung minggu untuk warga kota, namun ia mula berubah apabila banyak gerai jualan terutama peniaga makanan menjalanka­n perniagaan masing-masing.

“Saya menjual laksa dan nasi lemak di kawasan ini sejak dua tahun lalu dan sambutan begitu menggalakk­an terutama pada hujung minggu,” katanya.

 ??  ?? PEMANDANGA­N luar biasa indah menjadi tarikan utama.
PEMANDANGA­N luar biasa indah menjadi tarikan utama.
 ??  ?? PENGUNJUNG menjamu selera sambil menikmati panorama Kuala Lumpur.
PENGUNJUNG menjamu selera sambil menikmati panorama Kuala Lumpur.
 ??  ??
 ??  ?? PELBAGAI gerai menjual makanan dibuka untuk pengunjung.
PELBAGAI gerai menjual makanan dibuka untuk pengunjung.
 ??  ?? AZMIR
AZMIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia