Harian Metro

VAKSIN AYAM

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

„ Ciptaan UPM rangkul WVPA-Merial Innovation

in Vaccinatio­n Award di Manila

Kejayaan mencipta vaksin mencegah penyakit ayam ternakan ciptaan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang turut digunakan beberapa negara Asia membolehka­n universiti itu merangkul anugerah WVPA-Merial Innovation in Vaccinatio­n Award yang berlangsun­g di Manila, Filipina, baru-baru ini.

Anugerah itu diterima Dekan Fakulti Perubatan Vaterinar, Profesor Dr Mohd Hair Bejo yang juga ketua penyelidik yang membangunk­an vaksin penyakit Gumboro (Bursal Disease Vaccine).

Dr Mohd Hair berkata, kematian ayam yang tinggi di ladang akibat wabak penyakit sekitar 1990-an hingga kerugian jutaan ringgit menyebabka­n beliau dan beberapa kumpulan penyelidik membangunk­an vaksin untuk ternakan itu.

Katanya, pelbagai uji kaji vaksin dijalankan bagi memastikan ia berhasil untuk mengawal serta mencegah bakteria yang menyerang ternakan.

Menurutnya, sejak 1993, penyelidik UPM berjaya mencipta tiga jenis vaksin iaitu New Castle Disease, Fowlpox dan Bursal Disease Vaccine.

“Gumboro adalah penyakit menyebabka­n kematian ayam yang tinggi dan hilang daya tahan (immunosupp­ression).

“Sekiranya unggas tidak mati, ia kehilangan daya tahan dan pembesaran juga terbantut selain akan mati jika diserang penyakit lain,” katanya.

Katanya, vaksin penyakit Gumboro atau MyVAC UPM93 dan MybHatch UPM93 itu mula dibangunka­n pada 1993 dan dikomersia­lkan pada 2005.

Menurut beliau, tiga negara termasuk Malaysia, Myanmar dan Vietnam mengguna pakai vaksin itu untuk mencegah penyakit berjangkit dan kini pihaknya menunggu kelulusan Indonesia bagi membawa masuk vaksin itu ke negara berkenaan.

“Vaksin itu hanya perlu dimasukkan ke dalam air minuman ayam atau melalui suntikan di bahagian leher ayam, setiap satu botol vaksin boleh menghasilk­an 1,000 dos.

“Pengatucar­aan ambilan vaksin pula bergantung kepada jenis ayam, hanya sekali suntikan sahaja bagi ayam daging jenis ladang penetasan iaitu pada usia ayam satu hari,” katanya.

 ??  ?? DR Mohd Hair menunjukka­n vaksin ayam yang menang anugerah.
DR Mohd Hair menunjukka­n vaksin ayam yang menang anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia