Harian Metro

JBR Bundle buka cawangan ke-11

-

Pembukaan cawangan ke-11 JBR Bundle di sini, hari ini mencatat sejarah tersendiri buat pemilik dan pelanggann­ya.

Dengan keluasan premis 20,000 kaki persegi, ia memberi peluang kepada pelanggan khususnya peminat ‘bundle’ mendapatka­n pelbagai barangan berkualiti di bawah satu bumbung.

Sempena pembukaan rasmi cawangan baru di Hulu Langat hari ini, JBR Bundle menawarkan promosi menarik iaitu beli satu barangan berharga RM2, RM5 dan RM12.90, pelanggan akan menerima satu lagi barangan percuma pada harga sama.

Promosi itu hanya ditawarkan pada hari ini dan esok malah pelanggan disaran mengambil peluang dengan tawaran istimewa yang disediakan.

Pemilik JBR Bundle Abdul Jabbar Bachtiar Nasution, 31, berkata, selain tawaran itu, pihaknya turut menawarkan lebih 40,000 pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak selain kasut, aksesori juga pelbagai barangan rumah di cawangan itu.

Katanya, semua barangan yang ditawarkan dijamin berkualiti kerana ia diimport terus dari lima negara pengeluar iaitu Amerika Syarikat (AS), Australia, Jepun, United Kingdom (UK) dan Korea Selatan.

“Saya menyeru pelanggan datang beramai-ramai sempena pembukaan cawangan terbaru kami ini kerana selain harga yang ditawarkan sangat murah, produk atau barangan yang disediakan juga berkualiti.

“Kami ada jenama seperti Levi’s, Lee, Wrangler, Uniqlo, Gap, Polo, Edwin serta pelbagai lagi,” katanya sambil menyatakan waktu operasi cawangan terbaru itu daripada jam 12 tengah hari hingga jam 4 pagi setiap hari.

Selain cawangan itu, JBR Bundle turut memiliki sebuah gudang pembelian untuk borong di Banting yang menawarkan puluhan ribu produk.

 ??  ?? ABDUL Jabbar menunjukka­n antara produk yang ditawarkan pada harga istimewa hari ini.
ABDUL Jabbar menunjukka­n antara produk yang ditawarkan pada harga istimewa hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia