Harian Metro

PIRATAS BARBER MILIK ASRA

-

Spy Bola lihat pemain bola sepak sekarang semakin bijak merancang masa depan. Jadi, bila bersara, tidaklah mereka hidup dalam kesusahan. Masa tengah ada nama dan ada duit inilah mereka hendak memulakan sesuatu untuk jaminan selepas bersara kelak.

Terbaharu seorang lagi pemain bola, Asraruddin Putra Omar membabitka­n diri dalam perniagaan apabila berkongsi dengan dua rakan mengusahak­an kedai gunting rambut di Kuala Selangor.

Menurut Asra, kedai yang dinamakan Piratas Barber Shop itu mula beroperasi sejak tiga minggu lalu. Setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakk­an apabila antara 20-30 orang pelanggan setiap hari bergunting rambut di kedai itu.

“Saya mendapat ilham untuk membuka kedai gunting rambut di Kuala Selangor kerana belum ada kedai gunting rambut moden di sana sedangkan remaja kini suka tampil dengan pelbagai gaya dan fesyen rambut yang trendy.

“Lagipun perniagaan kedai gunting rambut tidak berisiko tinggi seperti perniagaan lain dan mempunyai potensi besar kerana setiap hari pasti ada yang mahu mengguntin­g rambut.

“Mungkin harga kami agak mahal berbanding kedai gunting rambut tradisiona­l namun ia tidak menjadi bebanan kepada anak muda yang gemar berfesyen. Ini kerana kami menawarkan pelbagai gaya terkini,” ujar Asra.

Asra berkata, bagi memenuhi cita rasa remaja, Piratas Barber Shop mengutarak­an konsep lanun sebagai dekorasi kedai itu.

Spy Bola ingin mengucapka­n ‘double tahniah’ kepada Asra kerana selain bergelar usahawan, bekas pemain Johor DT itu kini sudah bergelar suami apabila melangsung­kan pernikahan dengan gadis pilihannya pada 11 November lalu.

Spy Bola: Dulu suka fesyen rambut Beattles.

 ??  ?? PIRATAS Barber Shop milik Asraruddin Putra.
PIRATAS Barber Shop milik Asraruddin Putra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia