Harian Metro

AMBIL 2,3 TAWARAN SATU MASA

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Isu pelakon mengambil dua atau tiga tawaran kerja dalam satu masa antara topik yang sering mendapat perhatian ramai dan hangat dibahaskan penggiat seni tanah air sejak dulu.

Namun, perkara itu semakin serius dan terus berleluasa bukan saja dalam kalangan artis popular malah bakat baru.

Rata-rata artis yang ditemu bual Bling! minggu ini mengakui pernah melalui situasi itu dan bagi mereka ia terpulang kepada individu untuk menanganin­ya.

Apa yang penting, mereka perlu bijak menyusun jadual lakonan dengan baik supaya tidak menyusahka­n rakan artis dan produksi.

Bukan saja berlaku dalam kalangan artis

popular malah bakat baru turut

terbabit

“Bersandark­an pengalaman 10 tahun dalam bidang seni, saya percaya ramai pelakon pernah mengambil dua atau tiga tawaran berlakon dalam satu masa.

“Saya sendiri pernah ketika awal pembabitan dulu. Bayangkan saya pernah dapat bayaran RM5,000 sebulan untuk satu projek drama yang penggambar­annya mengambil masa dua hingga tiga bulan. Dengan bayaran sebanyak itu macam mana saya mahu menyara hidup dan keluarga?

“Maklumlah, sebagai pelakon sepenuh masa kami bukan ada gaji tetap dan bayaran lakonan juga bergantung kepada pihak produksi.

“Disebabkan itu ramai pelakon baru dan lama terpaksa mengambil lebih daripada satu projek drama dan pada masa sama pihak produksi sendiri sedia bertolak ansur dengan jadual pelakon walaupun sudah terikat dengan komitmen lain,” katanya. “Saya tidak akan mengambil dua atau tiga tawaran berlakon dalam satu masa kerana tidak suka menyusahka­n diri dan pihak produksi.

“Dulu saya pernah mengambil dua tawaran berlakon dalam satu masa dan serik untuk mengulangi­nya.

Sangat penting bagi saya untuk fokus pada satu projek saja memandangk­an jadual penggambar­an tidak menentu dan sering bertukar saat akhir.

“Namun, saya tidak salahkan pelakon yang terpaksa mengambil dua tawaran berlakon dalam satu masa kerana bayaran berlakon bukan banyak mana pun.

“Jika pelakon ingin mengambil dua tawaran berlakon dalam satu masa mereka perlu kerap berkomunik­asi dengan pengurus produksi bagi mengatur jadual penggambar­an. Pelakon juga perlu menjaga disiplin dan pandai mengurus masa supaya tidak menyusahka­n pelakon lain dan produksi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia