Harian Metro

Tumpang teduh di dewan futsal

„ Keluarga mualaf tidak mampu sewa rumah harap simpati orang ramai

- Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

Hidup mereka diibaratka­n sudah jatuh ditimpa tangga apabila bukan saja menumpang di dewan futsal, malah mengharapk­an belas simpati orang ramai untuk meneruskan kehidupan.

Itu nasib menimpa satu keluarga mualaf yang hidup daif selepas mereka tidak mampu membayar sewa rumah di sekitar bandar ini dan menumpang dewan futsal di Taman Polo, di sini, sebagai tempat berlindung sejak setahun lalu.

Umar Abdullah, 49, bersama isterinya, Aminah Abdullah, 30, dan dua anak mereka berusia tiga serta enam tahun menjadikan dewan itu sebagai tempat berteduh selepas tidak mampu menanggung sewa rumah RM400 sebulan di Taman Tas, di sini, sebelum berpindah di dewan itu.

Pendapatan Umar selaku tukang urut yang tidak menentu menjadikan hidup mereka dalam keadaan serba tidak mencukupi.

Umar membawa keluarga tinggal di kawasan sempit itu selepas mendapat keizinan pengurus bangunan berkenaan.

Aminah berkata, mereka tidak mampu mencari rumah sewa baru disebabkan bayaran sewa terlalu tinggi, selain perlu membayar wang pendahulua­n.

“Suami ada cari rumah lain di kawasan di sekitar Kuantan, namun semuanya mahal. Tetapi kami bernasib baik kerana pengurus bangunan itu benarkan kami tinggal di situ,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Aminah dan suaminya yang memeluk Islam dua tahun lalu memaklumka­n kehidupann­ya banyak bergantung kepada simpati dan sumbangan rakan berbangsa Melayu yang dikenali suaminya.

“Kadang-kadang ada individu datang menghantar barangan dapur dan makanan. Saya berterima kasih kepada mereka yang sudi membantu,” katanya.

Aminah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

“Saya memperoleh RM700 sebulan daripada dua agensi terbabit dan saya bersyukur kerana bantuan berkenaan dapat dibelanjak­an untuk menguruska­n anak.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Andansura Rabu berkata, pihaknya membantu menguruska­n urusan pemindahan keluarga terbabit di Kompleks Perumahan Pak Mahat, di sini.

“Saya bimbang dengan keluarga itu lebih-lebih lagi pada waktu malam kerana kawasan di sana sunyi. Biarpun kawasan dia tinggal itu berpagar tetapi dibimbangi berlakunya perkara tidak diingini,” katanya.

 ??  ?? AMINAH bersama anaknya yang menumpang di dewan futsal di Taman Polo, sejak setahun lalu.
AMINAH bersama anaknya yang menumpang di dewan futsal di Taman Polo, sejak setahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia