Harian Metro

Melingkar kenyang telan kambing

-

Baling: “Ketika menutup pintu kandang saya tersedar ada seekor kambing betina hilang dan selepas 30 minit saya mencarinya di kawasan kebun berhampira­n, tetapi tidak menemuinya.

“Terdetik hati saya ia dibaham ular sawa kerana dua minggu lalu kambing betina yang bunting turut hilang dipercayai dimakan ular sawa,” kata Firdaus Abdullah Halim, 34.

Dia dari Kampung Luar Mukim Siong, di sini, yang terkejut apabila kambing peliharaan­nya hilang dipercayai ditelan ular sawa jam 7 malam kelmarin.

Katanya, kejadian itu berulang selepas dua minggu lalu kambingnya hilang.

Bagaimanap­un, ular sawa sepanjang enam meter dan seberat 100 kilogram itu ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) jam 8.40 malam selepas dihubungi Firdaus yang menemui ular itu di kawasan paya 100 meter dari rumahnya.

Pegawai APM Daerah Baling, Mohd Faizol Ab Aziz

berkata, sejurus menerima panggilan seorang penduduk jam 8 malam, sepasukan anggota bergegas ke rumah mangsa dan sampai 15 minit kemudian.

“Ular sawa berkenaan dipercayai tidak dapat melarikan diri kerana kekenyanga­n selepas menelan seekor kambing.

“Ia melingkar di dalam paya dan kawasan semak hingga menyukarka­n anggota untuk menangkap,” katanya di sini, semalam.

Mohd Faizol berkata, tujuh anggota mengambil masa sejam untuk membawa naik ular sawa itu ke darat kerana persekitar­an gelap dan berpaya serta dilitupi semak.

Beliau menasihatk­an penduduk berhati-hati jika terjumpa ular berbisa dan ular sawa dan menghubung­i APM di talian 04-4701626 atau kecemasan 999.

 ??  ?? ANGGOTA APM menunjukka­n ular sawa yang menelan kambing di Kampung Luar, kelmarin.
ANGGOTA APM menunjukka­n ular sawa yang menelan kambing di Kampung Luar, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia