Harian Metro

Galang ganti

- Nabihah Kamal nabihah.kamal@hmetro.com.my

„

Demi kucing, seorang pemuda rela mengiklank­an topi keledar jenama Shoei kesayangan­nya untuk dijual semata-mata mahu menyelamat­kan kucing peliharaan­nya.

Niat murni Muhammad Rahimi Ayob, 21, menjadi viral di laman sosial selepas memuat naik gambar topi keledar yang mahu dijual bagi menampung kos pembedahan kucingnya itu.

Menurut Muhammad Rahimi, perasaanny­a mula tersentuh ketika hendak keluar ke tempat kerja apabila ternampak kaki kucing peliharaan yang dipanggil Comel berdarah, Ahad lalu.

“Kaki Comel berdarah dan ia mengiau umpama meminta saya tolong. Saya tidak sampai hati dan bawa kucing jantan saya itu ke klinik haiwan.

“Bagaimanap­un, apabila sampai di klinik doktor memberitah­u dia (Comel) terpaksa dibedah untuk menyambung­kan urat kakinya yang terputus,” katanya yang tinggal di Kuantan, Pahang.

Menurutnya, jika tidak dirawat, Comel akan lumpuh.

“Saya bela Comel sejak 2010 dan menganggap haiwan itu sebagai sebahagian keluarga saya sendiri. Oleh itu, saya muat naik gambar topi keledar jenama Shoei untuk dijual.

“Saya letak

harga RM1,500 kerana itu harga kos pembedahan kaki Comel,” katanya.

Muhammad Rahimi berkata, selepas dia muat naik tawaran itu ada beberapa individu prihatin yang sanggup menanggung kos pembedahan kucingnya tanpa perlu menjual topi keledarnya.

“Mereka mesej saya untuk menampung kos pembedahan Comel, saya rasa sangat bersyukur tidak perlu jual topi keledar itu kerana topi keledar itu saya pakai setiap hari untuk cari makan,” katanya yang bekerja sebagai penghantar surat.

Menurutnya, Comel sudah menerima rawatan hasil bantuan orang ramai.

“Wang yang diamanahka­n empat individu prihatin itu saya gunakan untuk kos pembedahan dan ayah saya tambah sedikit kerana ia masih tidak mencukupi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN Comel selepas pembedahan. Gambar kecil, keadaan kaki Comel sebelum pembedahan.
KEADAAN Comel selepas pembedahan. Gambar kecil, keadaan kaki Comel sebelum pembedahan.
 ??  ?? STATUS dalam akaun FB Muhammad Rahimi yang mahu menjual topi keledar untuk merawat kucingnya.
STATUS dalam akaun FB Muhammad Rahimi yang mahu menjual topi keledar untuk merawat kucingnya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia