Harian Metro

‘Saya hanya mampu menangis, reda’ BAKTI AKHIRAT PENDAKI

- Pada awal pagi 21 November lalu, lapan pendaki daripada 12 ahli ekspedisi memulakan pendakian ke puncak Gunung Damavand dari Kem 3 di ketinggian 4,200 meter Namun, hanya dua pendaki berjaya menawan puncak manakalaen­amlagidiar­ah berpatah balik ke Kem 3 ker

Kuala Pilah: “Saya reda dengan ketentuan Ilahi dan mungkin ini cara ajalnya dijemput,” kata Pasiah Md Din, 67, ibu kepada rakyat Malaysia, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, yang meninggal dunia di kawasan glasier Yakhar, Gunung Damawand, Iran, kelmarin.

Jasad dipercayai Syed Redzuan ditemui pasukan Bulan Sabit Merah selepas enam hari pencarian di kawasan gunung berkenaan.

Pasiah berkata, dia dimaklumka­n mengenai penemuan itu oleh menantunya yang juga isteri arwah, jam 5.30 petang kelmarin.

“Menantu menghubung­i saya memberitah­u along (Syed Redzuan) sudah tiada. Saya hanya mampu menangis dan reda dengan pemergiann­ya itu.

“Apabila diberitahu demikian, saya terima ketentuan Allah. Saya berdoa dan berharap roh anak ditempatka­n dalam kalangan orang yang beriman,” katanya ketika ditemui di Kampung Kepis Baru, Senaling, di sini, semalam.

Menurutnya, sebaik mengetahui kehilangan Syed Redzuan pada 22 November lalu, mereka sekeluarga mengadakan solat hajat memohon keselamata­n dan petunjuk.

Pasiah berkata, anak sulung daripada enam beradik itu seorang yang peramah dan sering pulang ke kampung menjenguk keluarga.

Katanya, kali terakhir dia bertemu arwah adalah September lalu.

“Setakat ini saya tidak tahu bila jenazah akan dibawa pulang. Kemungkina­n jenazah akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur,” katanya.

Dia berkata, sebelum kejadian itu, Syed Redzuan ada menghubung­inya memberitah­u akan ke luar negara tetapi tidak memaklumka­n mahu mendaki gunung di Iran.

Harian Metro semalam melaporkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjalanka­n operasi di kawasan glasier Yakhar, Gunung Damawand menemui jasad dipercayai Syed Redzuan yang hilang 21 November lalu ketika mendaki gunung berkenaan.

Seorang lagi rakan pendaki, Ramli Abd Majid,

44, masih belum ditemui dan usaha mencari sedang dijalankan.

„ Arwah Syed Redzuan tidak lokek penuhi keperluan surau termasuk biayai gaji imam selama dua tahun

Kuala Lumpur

Membiayai wang gaji imam sukarela sebanyak RM1,500 sebulan sejak dua tahun, selain menderma sebahagian wang untuk kegunaan surau. Itu antara bakti yang dicurahkan Allahyarha­m Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, yang maut ketika ekspedisi mendaki Gunung Damavand, Iran.

Arwah juga tidak suka orang ramai mengetahui sumbangann­ya dan lebih merahsiaka­n perkara itu.

Keperibadi­an mulia Allahyarha­m yang juga ahli perniagaan diceritaka­n Pengerusi Surau Al-Ansar, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Jamil Suraji, 61.

Beliau menyifatka­n pemergian arwah adalah kehilangan besar dan bakal dirindui semua jemaah.

“Saya sering bersama arwah dan banyak aktiviti kami lakukan bersama termasuk jemaah lain. Arwah saya sifatkan sebagai individu istimewa kerana tidak pernah berkira soal wang ringgit. Baginya, keutamaan diletakkan sepenuhnya kepada syiar Islam.

“Sebelum ini, tidak ramai yang mengetahui arwah membiayai gaji imam lantikan di surau kami. Dia tidak mengizinka­n saya memberitah­u orang lain, namun kini saya ceritakan dengan niat supaya arwah dijadikan contoh,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.

Menurutnya, arwah sudah membiaya gaji imam, Asyraf Musa, 29, selama dua tahun dan arwah tidak pernah gagal untuk menunaikan tanggungja­wabnya itu.

“Jika arwah berada di sini (Malaysia), dia memang selalu berada di surau dan semua jemaah mengenalin­ya sebagai seorang dermawan.

“Ia satu kehilangan besar buat kami. Saya secara peribadi umpama hilang

 ??  ?? GAMBAR terakhir Syed Redzuan pada ketinggian 5,200 meter di Gunung Damavand.
GAMBAR terakhir Syed Redzuan pada ketinggian 5,200 meter di Gunung Damavand.
 ?? Pasiah ?? Saya reda dengan ketentuan Ilahi dan mungkin ini cara ajalnya dijemput”
SYED Redzuan
Pasiah Saya reda dengan ketentuan Ilahi dan mungkin ini cara ajalnya dijemput” SYED Redzuan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia