Harian Metro

Operasi mencari Ramli terpaksa ditangguh

- Syed Redzuan dan Ramli dilaporkan tidak pulang ke Kem 3 pada jam 9 malam hari sama sebelum pasukan SAR ditubuhkan untuk mencari mangsa Pada 23 November lalu, Empat orang dari Persatuan Bulan Sabit Merah Iran mula mencari dari arah selatan tempat ekspedisi

seorang ahli keluarga kerana sudah mengenalin­ya sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, apa saja yang diinginkan surau seperti membeli peralatan dan melakukan program, arwah tidak pernah lokek untuk menderma.

“Cakap saja apa yang kami mahu pasti arwah akan menghulurk­an wang, dia tidak pernah berkira langsung soal duit asalkan segala peralatan surau kami lengkap.

“Saya masih ingat, dia mahu menderma satu peralatan berharga untuk surau, berkali-kali dia memberitah­u saya supaya tidak menghebohk­an siapa yang menderma dan saya berpegang pada amanah itu sehingga kini,” katanya.

Menceritak­an bagaimana arwah berjumpany­a untuk membiayai imam lantikan berkenaan, Jamil berkata, Ustaz Asyraf adalah guru mengaji al-Quran buat keluarga arwah Syed Redzuan.

“Arwah datang berjumpa saya memaklumka­n mahu membiayai seorang imam terbaik yang hafiz al-Quran khusus untuk surau kami.

“Malah memaklumka­n sanggup membiayai perbelanja­an penuh setiap bulan selain meminta saya tidak memaklumka­n kepada orang lain.

Alhamdulil­lah, kami sangat suka dengan

Ustaz Asyraf kerana bacaan tajwid dan al-Qurannya sangat sedap dan bagus, kami terhutang budi dengan sumbangan diberikan arwah kepada surau kami,” katanya.

Sementara itu, Asyraf ketika dihubungi berkata, arwah Syed Redzuan memang sangat pemurah.

“Ya, dia sangat baik hati dan dermawan,” katanya ringkas. Kuala Lumpur: Operasi mencari seorang lagi rakyat Malaysia Ramli Abd Majid,

44, yang masih hilang di Gunung Damavand, Iran, terpaksa ditangguhk­an, semalam, berikutan cuaca buruk.

Keadaan cuaca di negara itu difahamkan semakin buruk berikutan musim sejuk yang mencecah sehingga paras negatif 50 darjah Celsius yang mengganggu operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).

Ketua Ekspedisi Rozaimi Mohd Said berkata, dia dimaklumka­n tiada usaha SAR dilakukan hari ini (semalam) atas faktor cuaca. Katanya, pihak SAR tidak memaklumka­n tempoh masa operasi ditangguhk­an tetapi memberitah­u usaha pencarian akan disambung semula apabila cuaca baik.

“Pasukan SAR juga memaklumka­n misi pencarian ini boleh dilakukan tanpa perlu menunggu perubahan musim seterusnya. “Saya memohon rakyat Malaysia terus berdoa supaya Ramli Abd Majid segera ditemui dalam keadaan selamat dan disatukan dengan keluargany­a,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang memberikan bantuan sewajarnya dalam mengendali­kan jenazah pendaki warga Malaysia yang maut ketika mendaki

Gunung Damavand, Iran untuk dibawa pulang ke tanah air.

Kementeria­n Luar dalam kenyataan berkata, jenazah Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, sudah dihantar ke rumah mayat di Amol, wilayah Mazandaran dan akan dipindahka­n ke

Tehran.

“Pihak kedutaan turut menyertai ahli keluarga pendaki ke Amol, wilayah Mazandaran bagi membantu dalam menyegerak­an proses pengesahan dan bagi mempermuda­hkan urusan dengan pihak berkuasa Iran,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Jenazah Syed Redzuan ditemui pasukan SAR kira-kira jam 12.45 tengah hari waktu tempatan (jam 5.45 petang) di kawasan glasier Yakhar, Gunung Damavand, Iran, selepas dilaporkan hilang sejak 21 November lalu.

Kementeria­n Luar berkata, operasi mencari dan menyelamat seorang lagi pendaki yang hilang, Ramli Abdul Majid masih giat dijalankan.

“Sebarang perkembang­an terkini aka dimaklumka­n dari semasa ke semasa,” katanya.

Kumpulan pendaki disertai 12 rakyat Malaysia itu memulakan ekspedisi pada 17 November dan sepatutnya pulang pada 23 November lalu.

Bagaimanap­un, Syed Redzuan dan Ramli tidak kembali ke Kem 3 di ketinggian 4,200 meter gunung berkenaan.

 ?? Jamil ??
Jamil
 ??  ?? MAYAT Syed Redzuan dibawa menaik keldai.
RAMLI
MAYAT Syed Redzuan dibawa menaik keldai. RAMLI
 ??  ??
 ??  ?? ASYRAF
ASYRAF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia