Harian Metro

Brutal muka berparut

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

„ Identiti khas ahli ‘kongsi gelap laut’ kawal nelayan tumpas di Kuala Selangor

Gemar tampil ganas dengan wajah berparut. Itu antara identiti khas ahli kumpulan kongsi gelap 21 yang gemar memeras ugut nelayan serta mengawal aktiviti perikanan di Kuala Selangor.

Kumpulan ‘kongsi gelap laut’ itu gemar mengugut serta menyerang mangsa yang enggan membayar wang perlindung­an dengan bersenjata­kan pedang samurai dan pistol.

Kumpulan kongsi gelap itu diketuai seorang lelaki bergelar Ragu, 46, bukan saja merekrut bekas tahanan Ordinan Darurat (EO), malah mempunyai hierarki kumpulan yang sistematik bagi menjalanka­n kegiatan ganas mereka secara terancang.

Kegiatan kumpulan penjenayah itu di Kuala Selangor, bagaimanap­un dipantau pasukan khas polis Bukit Aman ditubuhkan sejak tiga bulan lalu dengan kod khas ‘Firefly’.

Mengulas lanjut, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata,

kata kunci ‘Firefly’ digunakan untuk Ops Cantas kali ini berikutan kawasan Kuala Selangor terkenal dengan serangga kelip-kelip.

“Hasil Ops Cantas Khas diketuai Deputi Superinten­dan Shan Gopal Krishnan bersama 50 pegawai dan anggota, kumpulan kongsi gelap 21 di kawasan Kuala Selangor itu berjaya dilumpuhka­n dalam tempoh masa 24 jam.

“Semua ahli kumpulan berusia 20 hingga 46 tahun termasuk ketua kumpulan dicekup secara berperingk­at bermula jam 4 petang kelmarin hingga 7 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, kumpulan itu yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu bukan sahaja menjalanka­n aktiviti peras ugut di kawasan tapak binaan, malah mereka juga menguasai hasil laut di kawasan itu hingga menjejaska­n pendapatan nelayan.

“Penolong ketua kumpulan ini pernah ditahan atas kesalahan bunuh pada tahun 2002 dan dikenakan perintah E0. Dia kemudian kembali aktif dalam kumpulan kongsi gelap 21 selepas tamat tempoh tahanan.

“Selain dua pemimpin utamanya, kumpulan ini turut mempunyai ketua kawasan selain kumpulan ‘lawan’ yang biasa menjalanka­n tugas berdasarka­n arahan ketua,” katanya.

Beliau berkata, selain pedang samurai, kumpulan 21 akan menggunaka­n besi, topi keledar dan kadang-kala pistol untuk menakutkan mangsa sekiranya tidak bekerjasam­a.

“Mereka tidak teragakaga­k bertindak ganas. Hampir kebanyakan anggota kumpulan ini yang ditahan mempunyai parut di muka dan badan hasil pergaduhan dengan mangsa dan sering mengganggu ketenteram­an awam selain khianat di tempat awam,” katanya.

Rohaimi berkata, semua suspek ditahan reman 21 hari mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 bermula semalam.

“Saya menyeru orang awam memberikan kerjasama dan melaporkan apa saja aktiviti kongsi gelap di kawasan masing - masing dan maklumat itu boleh disalurkan secara sulit kepada Bahagian Kongsi Gelap D7 Bukit Aman atau polis kontinjen masing - masing.

“Bahagian D7 terus mempergiat­kan usaha bagi membantera­s gejala kongsi gelap dan menjamin ketenteram­an orang awam,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK dipercayai kumpulan kongsi gelap 21 yang ditahan polis dan direman, semalam.
SUSPEK dipercayai kumpulan kongsi gelap 21 yang ditahan polis dan direman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia