Harian Metro

Status sangat ragu

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

„ JAKIM sukar pastikan ayam seludup disembelih ikut syarak

Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berpendapa­t status halal ayam seludup yang dibawa masuk menerusi pasaran gelap sangat meragukan.

Isu kemasukan ayam seludup itu juga menimbulka­n pelbagai keraguan berhubung kaedah penyembeli­han dan ketiadaan dokumen kesihatan haiwan itu.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Hab Halal JAKIM Dr Sirajuddin Suhaimee berikutan pendedahan Skuad Khas akhbar ini yang membongkar kegiatan sindiket penyeludup­an ayam.

Menurutnya, tidak dapat dipastikan ayam seludup ini melalui kaedah penyembeli­han mengikut syarak atau sebaliknya kerana tiada dokumen berkaitan dan masuk secara haram.

“Ini memang satu persoalan yang besar, kita tidak tahu sumber ayam itu, tiada dokumen berkaitan status kesihatan haiwan berkenaan serta adakah haiwan ini disembelih mengikut syarak.

“Produk yang diseludup tidak dapat dipastikan status serta sumbernya. Oleh itu, tidak mustahil haiwan ini tidak mengikut prosedur sembelihan dan tambah membimbang­kan haiwan ini berpenyaki­t,” katanya kepada Harian Metro, di sini.

Akhbar ini semalam membongkar kegiatan sindiket penyeludup­an antarabang­sa yang dipercayai turut dianggotai warga tempatan dan menyeludup masuk bahan mentah berkenaan tanpa permit, sijil halal dan sijil kesihatan melalui Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor.

Bagaimanap­un, cubaan mereka gagal apabila dikesan petugas Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang melakukan pemeriksaa­n.

Tindakan tidak beretika syarikat penyeludup ‘hantu’ itu memberi impak besar kepada kepentinga­n masyarakat Islam negara ini khususnya dalam isu makanan halal, selain turut menjejaska­n kesihatan pengguna secara keseluruha­n termasuk boleh menyebabka­n kematian.

Dalam laporan itu, hasil pemeriksaa­n dilakukan terhadap 18 kontena dari China itu menemui 446,400 kilogram ayam proses sejuk beku ditemui di dalam 16 kontena.

Dr Sirajuddin berkata, pengguna perlu mengelakka­n daripada mengambil haiwan sembelihan yang tidak diketahui sumbernya serta kemungkina­n mempunyai penyakit memudaratk­an.

“Berdasarka­n perspektif Islam, agama kita menuntut agar umatnya memakan daging yang disembelih mengikut syarak dan mencari bahan makanan yang halal itu adalah wajib,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 28, semalam.
LAPORAN Harian Metro 28, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia