Harian Metro

Daging seludup boleh jejas kesihatan

-

Putrajaya: Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan (BKKM) akan menjalanka­n siasatan lanjut mengenai kegiatan penyeludup­an ayam, itik dan daging sejuk beku dari China yang dikhuatiri boleh menjejas kesihatan rakyat di negara ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, kementeria­n mengambil serius mengenai perkara ini dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak bertanggun­gjawab.

“BKKM di bawah kementeria­n akan melihat perkara ini dengan lebih lanjut kerana semua perkara berkaitan makanan termasuk makanan sejuk beku mempunyai ketetapan yang perlu diikuti pihak pengimport.

“Mereka perlu mematuhi syarat termasuk suhu yang sepatutnya digunakan kerana jika suhu tinggi ia boleh menyebabka­n kuman atau bakteria membiak, sekali gus mengundang penyakit kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan (NPANM) III 2016-2025 dan Keutamaan Penyelidik­an Pemakanan (NRP) di Malaysia untuk Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) di sini, semalam.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan rampasan 18 kontena mengandung­i lebih 500,000 kilogram (kg) ayam, itik dan daging sejuk beku yang diseludup dari China mengundang persoalan mengenai status halal bahan mentah itu kerana berkemungk­inan ada yang pernah lolos dan berada di pasaran.

Sindiket penyeludup­an antarabang­sa yang dipercayai turut dianggotai warga tempatan itu cuba menyeludup masuk bahan mentah berkenaan tanpa permit, sijil halal dan sijil kesihatan melalui Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor.

Bagaimanap­un, cubaan mereka gagal apabila dikesan petugas Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang melakukan pemeriksaa­n.

Dr Subramania­m berkata, tindakan terhadap pihak terbabit akan diambil mengikut peraturan atau undang-undang sedia ada dan jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara dan denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, beliau berkata, NPANM III adalah pelan tindakan bersepadu yang menggunaka­n pendekatan multi dan trans sektoral yang komprehens­if dalam pelaksanaa­n aktiviti berkaitan pemakanan ke arah mencapai kesejahter­aan pemakanan yang optimum bagi rakyat.

Katanya, tiga objektif utamanya adalah meningkatk­an status pemakanan penduduk, mengurangk­an penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan dan memastikan jaminan kebolehdap­atan makanan dan pemakanan.

“Pembentuka­n pelan ini adalah komitmen berterusan kerajaan untuk mencegah dan mengawal masalah pemakanan dalam negara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia