Harian Metro

MAQIS teliti pensijilan halal produk import

-

balik ke negara asal.

“Biasanya produk sebegini tidak masuk melalui lorong tikus tetapi diseludup menggunaka­n kontena di laluan sah tanpa sebarang dokumen.

“Kita biasanya melakukan pemeriksaa­n jika ada dokumen kebenaran membawa masuk barangan berkenaan sama ada ia mempunyai sijil halal atau sebaliknya, sekiranya tiada sijil halal, memang kita hantar balik atau dimusnahka­n,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Mokhtarud-din

berkata, pihaknya akan sentiasa memastikan rakyat tempatan yang beragama Islam menerima bahan mentah seperti daging sejuk beku yang halal.

“Kita akan memperkuat­kan serta memperketa­tkan lagi penguatkua­saan di pintu masuk negara serta melakukan kerjasama dengan agensi penguatkua­saan lain.

“Kita mahu kegiatan penyeludup­an ini dikawal sepenuhnya tidak mengira sama ada bahan mentah seperti daging sejuk beku, sebaliknya tumbuhan serta buah-buahan juga kita akan kawal,” katanya.

Mengulas lanjut kaedah kemasukan bahan mentah sejuk beku, katanya, MAQIS akan melihat daripada sudut dokumentas­i sijil halal, sijil kesihatan haiwan dan permit pengimport.

Menurutnya, semua bahan dokumentas­i itu akan menjadi bukti sama ada bahan mentah berkenaan bebas daripada sebarang penyakit atau sebaliknya.

“Negara yang tiada pensijilan halal memang kita tidak iktiraf kemasukan bahan sejuk beku mereka. Ini prosedur yang ketat, kita perlu akur kerana membabitka­n status halal.

“Pensijilan halal ini juga mempunyai tempoh luput yang akan dilihat daripada semasa ke semasa dan bukannya bersifat selamanya,” katanya.

 ??  ?? MOKHTARUD-DIN
MOKHTARUD-DIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia