Harian Metro

Koleksi adiwira RM60,000

- Nor Shafinaz Sari am@hmetro.com.my

„ Pensyarah kumpul 1,000 patung aksi, kongsi minat bersama keluarga

Sejak lebih 10 tahun lalu, Rafuzan Jafar, 44, sudah berhabis kira-kira RM60,000 semata-mata mahu mengumpul patung aksi watak siri komik Marvel, Star Wars dan adiwira lain.

Baginya, dia tidak kisah berhabis wang demi kepuasan dan setakat ini, pensyarah Universiti Teknologi Mara UiTM) Kampus Alor Gajah, Lendu itu sudah mengumpul 1,000 jenis pelbagai patung aksi.

Menceritak­an minatnya itu, Rafuzan berkata, gaji sebagai pensyarah yang agak lumayan membolehka­n dia membeli patung aksi yang pada kebiasaann­ya dijual pada harga RM100 hingga ringgit.

“Minat saya kepada patung aksi bermula sejak berusia sembilan tahun lagi, tetapi ketika itu hanya mampu tengok dan simpan hasrat untuk kumpul pada satu hari nanti.

“Sekarang sudah ada kemampuan, jadi saya tidak rasa rugi berbelanja lebih untuk puaskan hati dan penuhi impian yang terbantut ketika kecil.

“Tidak bermakna saya beli ikut nafsu, sebaliknya membanding­kan harga terbaik ditawarkan beberapa penjual barulah beli. Pada kebiasaan, saya peruntukka­n RM300 untuk beli patung aksi dijual di pusat beli-belah atau tempahan secara dalam talian,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di sini, kelmarin.

Bapa kepada tiga anak berusia empat hingga 11 tahun itu berkata, koleksi paling diminatiny­a adalah watak Batman,

mencecah

ribuan Star Wars dan patung aksi tentera dilengkapi pelbagai aksesori.

Malah, bagi memastikan koleksinya sentiasa dalam keadaan baik dan tidak cepat rosak, pensyarah itu menyediaka­n sebuah bilik khas untuk menyimpan patung aksi dikumpul.

“Sejak kecil, saya hanya kumpul permainan yang murah dan ikut kemampuan. Disebabkan minat dan menghargai barang, semuanya masih saya simpan dengan elok hingga sekarang,” katanya.

Katanya, hobi mengumpul patung aksi juga mempunyai had dan dia tidak pernah mengabaika­n tanggungja­wab terhadap keluarga dengan memastikan keperluan isteri dan anak mencukupi.

Pengumpul patung aksi tegar itu turut berkongsi minat sama dengan isteri, Noremyzah Nordin, 34, dan anaknya Little Pony dan Hello Kitty.

 ??  ??
 ?? FOTO: KHAIRUNNIS­AH LOKMAN ?? RAFUZAN mewarna patung aksi figura yang dihasilkan beliau.
FOTO: KHAIRUNNIS­AH LOKMAN RAFUZAN mewarna patung aksi figura yang dihasilkan beliau.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia