Harian Metro

Datuk PBT direman 4 hari

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@mediaprima.com.my

Seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini yang bergelar Datuk direman empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berusia 55 tahun itu yang memakai sut hitam dan kemeja putih tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh, jam 10 pagi semalam, dengan menaiki Toyota Innova sambil diiringi pegawai SPRM.

Dia kelihatan bersahaja dan tersenyum ketika diiringi pegawai SPRM ke mahkamah bagi mendapatka­n kebenaran perintah tahanan reman.

Kebenaran perintah reman itu dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Syarina Shaarani pada jam 10.30 pagi.

Syarina mengeluark­an kebenaran menahan reman lelaki itu selama empat hari bermula semalam sehingga Jumaat ini bagi membolehka­n

„ SPRM siasat sogokan untuk kelulusan projek

SPRM melakukan siasatan.

Pegawai terbabit ditahan sepasukan pegawai SPRM dari Ibu Pejabat Putrajaya di sebuah premis di bandar raya Melaka jam 2 petang kelmarin sebelum dibawa ke Pejabat SPRM Melaka.

Dia ditahan bagi membantu siasatan membabitka­n kesalahan rasuah termasuk dakwaan meminta sogokan sebagai dorongan untuk memberikan kelulusan projek.

Menurut sumber, SPRM kini sedang mengesan jumlah projek dikendalik­an lelaki terbabit dan tidak menolak kemungkina­n lebih ramai individu akan dipanggil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Difahamkan, lelaki terbabit bertugas sebagai pegawai kepada pengurusan kanan PBT di negeri ini.

 ??  ?? PEGAWAI PBT disyaki terlibat dengan rasuah diiringi pegawai SPRM di perkaranga­n Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh, semalam.
PEGAWAI PBT disyaki terlibat dengan rasuah diiringi pegawai SPRM di perkaranga­n Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia