Harian Metro

Penolong pegawai tanah direman 6 hari

-

Johor Bahru: Mahkamah Majistret, semalam, membenarka­n tahanan reman selama enam hari terhadap seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah Johor bagi membantu siasatan berhubung kes membabitka­n salah guna kedudukan.

Penolong Pendaftar Nurhidayah Abd Manaf membenarka­n permohonan dikemukaka­n Penguasa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Mohammad Firdaus Ameer Yusoff untuk menahan reman lelaki yang berusia 50-an itu sehingga 4 Disember ini.

Perintah itu membolehka­n suspek disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan kes dihadapiny­a.

Kesalahan itu memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Perintah reman terhadap suspek susulan tindakan SPRM menahan seorang penolong pegawai tanah dan pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing di Pejabat Tanah dan Daerah di Johor dan pejabat PBT di Melaka.

Penolong Pegawai Tanah terbabit ditahan di pejabat SPRM Johor pada 2 jam petang kelmarin manakala pegawai PBT ditahan di satu lokasi di bandar Melaka.

Sumber SPRM berkata, Penolong Pegawai Tanah itu dipercayai memiliki sekitar 33 hektar tanah serta aset perumahan mewah di beberapa lokasi yang di luar kemampuann­ya sebagai penjawat awam.

 ??  ?? PENOLONG Pegawai Tanah Daerah Johor Bahru diiringi pegawai SPRM ketika dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatka­n perintah reman.
PENOLONG Pegawai Tanah Daerah Johor Bahru diiringi pegawai SPRM ketika dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatka­n perintah reman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia