Harian Metro

2 anak dipenggal tentera

- Iskandar Shah Mohamed, Nazdy Harun dan Nur Izzati Mohamad am@hmetro.com.my

„ Pelarian Rohingya kongsi kisah dua zuriat dibunuh ketika cari ikan di sungai

“Dua anak saya dibunuh ketika menangkap ikan, manakala isteri pula terpaksa lari ke Bangladesh sejak seminggu lalu akibat kekejaman junta tentera Myanmar,” kata Kalu Abdul Rahman, 41, pelarian Rohingya yang melarikan diri ke negara ini sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, kedua-dua anaknya, Muhamad Tayob, 12, dan Syakir, 15, dibunuh dengan kejam oleh tentera Myanmar selepas dimaklumka­n isterinya, Senuwara Nuramat, 36. Katanya, isterinya pula terpaksa melarikan diri kerana bimbang keselamata­nnya selepas junta tentera Myanmar bertindak kejam sejak beberapa bulan lalu dengan memperkosa wanita, membakar rumah dan membunuh penduduk kampung.

“Kedua-dua anak saya dikatakan terserempa­k dengan tentera terbabit ketika mencari ikan di sungai sebelum kepala mereka dipenggal.

“Selain itu, tentera juga membakar kediaman penduduk kampung,” katanya ketika ditemui selepas majlis Pelancaran Tabung Rohingya di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, di sini, semalam.

Menurutnya, setiap hari, tentera akan membakar rumah penduduk mengakibat­kan ramai etnik Rohingya terpaksa melarikan diri ke hutan dan ke sempadan Bangladesh.

Rakannya, Muhamad Khan Umar Sidik, 26, pula berkata, dia melarikan diri ke Malaysia sejak tiga tahun lalu dan maklumat daripada keluargany­a di kampung memaklumka­n bahawa keadaan di sana semakin membimbang­kan.

“Ramai saudara-mara saya mati dibunuh, manakala etnik Rohingya pula tidak mempunyai senjata untuk melawan kekejaman dilakukan tentera kerana peralatan tajam seperti pisau dan parang dirampas sejak awal lagi.

“Sebelum ini, pihak tentera membuat pembersiha­n dengan merampas semua senjata seperti pisau dan parang. Tindakan itu juga menyebabka­n penduduk bukan hanya tidak dapat mempertaha­nkan diri, malah untuk menyiang ikan juga sukar kerana tiada peralatan tajam,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil Ghazali Taib berkata, pihaknya terpanggil dengan penderitaa­n dialami etnik Rohingya menyebabka­nnya melancarka­n tabung derma membantu golongan terbabit.

“Sudah tiba masanya masyarakat di negeri dan negara ini membantu insan seagama yang sedang ditindas di negara mereka sendiri.

“Kita tidak perlu dengan hanya duduk berdiskusi, berdebat dan meratapi apa yang berlaku tanpa mengambil langkah proaktif dalam membantu etnik Rohingya itu,” katanya.

Menurutnya, tabung derma itu akan dibawa ke seluruh kampung di kawasan DUN Ajil dan hasil sumbangan berkenaan akan disalurkan kepada Tabung Rohingya Peringkat Kebangsaan yang akan dilancarka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat.

 ??  ?? GHAZALI (dua dari kanan) menghulurk­an sumbangan kepada tabung kemanusiaa­n Rohingya.
GHAZALI (dua dari kanan) menghulurk­an sumbangan kepada tabung kemanusiaa­n Rohingya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia