Harian Metro

Atur perjumpaan Anifah, Suu Kyi

-

Georgetown: Kementeria­n Luar akan mengatur mesyuarat rasmi untuk bertemu tokoh demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi untuk berbincang bagi menangani krisis masyarakat Rohingya di daerah Rakhine dalam masa terdekat.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Malaysia melahirkan kebimbanga­n terhadap keganasan dan penindasan etnik itu yang dilihat semakin meningkat.

Berikutan itu, beliau berkata, kementeria­n terpanggil untuk mengadakan perjumpaan antara Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Suu Kyi selepas mendapat tarikh sesuai kelak.

“Ini adalah suatu usaha murni ingin dilaksanak­an kerajaan Malaysia dalam membantu menangani keganasan terhadap etnik Rohingya di Rakhine.

“Malaysia turut menggesa semua pihak yang terbabit dalam keganasan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan yang akan terus memburukka­n lagi keadaan,” katanya ketika ditemui pada Persidanga­n Konsular Asia (FICAC) kali ke-4 di sini, semalam.

Kira-kira 70 Konsul Kehormat di negara ini terdiri daripada latar belakang berbeza, termasuk ahli perniagaan, teknokrat dan duta hadir dalam persidanga­n berkenaan.

Undang-Undang Kerakyatan 1982 tidak mengiktira­f Rohingya sebagai satu daripada lebih 130 etnik di negara majoriti penganut Buddha itu.

Ribuan etnik Rohingya yang dikatakan mendiami wilayah Rakhine (Arakan) sejak kurun ke-8, keluar menyelamat­kan diri ke negara jiran seawal 1970-an, sekali gus membawa kesan langsung kepada negara terbabit.

Di Malaysia saja, lebih 45,000 etnik Rohingya mendaftar dengan UNHCR, malah pelarian dan pendatang dari Myanmar mewakili 92.7 peratus daripada 152,570 pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sehingga Februari lalu.

 ??  ?? REEZAL
REEZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia