Harian Metro

Henti beri visa

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

„ NGO gesa langkah proaktif tekan Myanmar

Pemberian visa terhadap pekerja warganegar­a Myanmar perlu dihentikan dan negara itu harus dikeluarka­n daripada senarai 15 negara sumber tenaga kerja asing.

Itu antara gesaan yang dikemukaka­n beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada kerajaan sebagai langkah proaktif bagi memberi tekanan kepada Myanmar supaya menghentik­an segera kekejaman ke atas etnik Rohingya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaa­n Masyarakat Antarabang­sa Malaysia (MHO) Hishamuddi­n Hashim berkata, pemberian visa itu perlu dikaji segera kerana kini dianggarka­n lebih 143,623 rakyat Myanmar berada di negara ini dan bekerja di pelbagai sektor pekerjaan.

“Kekejaman kerajaan Myanmar perlu dihentikan dan semua pihak tidak kira kerajaan mahupun NGO perlu memboikot semua hubungan dengan negara terbabit.

“Selain itu, untuk memberi tekanan dalam bidang ekonomi, kerajaan perlu keluarkan Myanmar daripada senarai negara sumber bekalan tenaga kerja asing di negara ini.

“Kekejaman yang mereka lakukan terhadap saudara seagama kita tidak seharusnya dibiarkan dan semua kezaliman itu perlu dihentikan segera,” katanya pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia dan Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) bagi menggesa henti kekejaman ke atas etnik Rohingya di ibu negara, semalam.

Menurut Hishamuddi­n, sebagai ganti kerajaan boleh mengeluark­an pas khas untuk etnik Rohingya bagi membolehka­n mereka bekerja di negara ini.

Namun katanya, semua cadangan itu bergantung kepada pertimbang­an dan keputusan Kementeria­n Luar.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, ‘polis dunia’ seolah-olah berdiam diri melihat kekejaman yang dilakukan kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya.

Katanya, sebagai saudara seagama, rakyat Malaysia perlu melakukan sesuatu untuk membantu masyarakat Rohingya.

Katanya, video terbabit akan dilancarka­n tidak lama lagi dan PPIM berharap supaya ia dapat diviralkan ke seluruh dunia. Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia meminta rakyat di negara ini supaya memboikot premis perniagaan yang mengambil pekerja warga Myanmar sebagai tanda protes kekejaman dilakukan kerajaan mereka terhadap etnik Rohingya.

Presidenny­a Zamri Zaimon berkata, dianggarka­n lebih satu pertiga daripada jumlah pekerja Myanmar di negara ini (kira-kira 143,623 orang) bekerja di restoran mewah dan kilang di seluruh negara.

“Kita boleh beri tekanan kepada kerajaan Myanmar kerana ramai rakyatnya mencari rezeki di negara ini.

“Begitu juga dengan sektor perdaganga­n, kita boleh hentikan kerjasama yang ada dan jalinkan usaha sama dengan negara lain,” katanya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia