Harian Metro

Milik pengganas Kiram

- Mohd Ruzaini Zulkepli hmkk@hmetro.com.my

„ Polis Sabah sahkan penemuan bahan letupan, senjata api berserta magazin dipercayai peninggala­n kumpulan militan ketika Op Daulat

Polis Sabah mengesahka­n penemuan beberapa bahan letupan dan senjata api berserta magazin di kawasan kebun baru berhampira­n Tanjung Batu, Lahad Datu pada Ahad lalu adalah dipercayai peninggala­n kumpulan pengganas Kiram ketika Op Daulat, tiga tahun lalu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata, pihaknya bagaimanap­un masih menjalanka­n siasatan rapi berhubung penemuan itu dan proses mengenal pasti semua barangan berkenaan turut dilakukan secara komprehens­if.

Beliau berkata, polis turut tidak menolak kemungkina­n penemuan dua butir bom, satu senjata api jenis M16 bersama peluru serta magazin kosong itu adalah ‘bekas’ peninggala­n kumpulan pengganas dalam kejadian penceroboh­an Tanduo, Lahad Datu, tiga tahun yang lalu.

“Saya sahkan penemuan ini dan polis masih giat menjalanka­n siasatan berhubungn­ya.

“Kita juga tidak menolak kemungkina­n penemuan bahan letupan dan senjata api itu adalah peninggala­n ketika Op Daulat dilakukan di kawasan berkenaan dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Jawatankua­sa Perhubunga­n Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Sabah di Mess Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah, di sini, semalam.

Hadir sama adalah Timbalan Presiden RESPA Malaysia Datuk Mohd Nawawi Ismail.

Terdahulu, dalam kejadian jam 8 pagi Ahad lalu, seorang lelaki berusia 50-an ditahan polis susulan penemuan beberapa bahan letupan dan senjata api ketika sedang membuat pembersiha­n di sebuah kebun baru di Kampung Pasusul, Tanjung Batu, Lahad Datu sebulan yang lalu.

Antara bahan letupan dan senjata yang ditemui dan dipercayai disimpan di dalam guni plastik berwarna putih serta kanvas itu adalah 14 magazin kosong, satu botol plastik mengandung­i peluru, satu kantung beg magazin, senjata api M16 bersama magazin dan dua butir bom yang jenisnya belum dikenal pasti.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata, polis turut mengesahka­n penahanan seorang lelaki berusia 50-an yang dipercayai menemui bahan letupan dan senjata api itu di kawasan kebun berkenaan untuk membantu siasatan.

“Kita masih menahan seorang lelaki dalam kejadian itu untuk membantu siasatan.

“Sebarang perkembang­an berhubung kes ini akan dimaklumka­n kemudian,” katanya.

Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu antara lokasi persembuny­ian pengganas Kiram selepas meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamata­n dalam Ops Daulat di Kampung Tanduo pada 5 Mac 2013 lalu.

 ?? FOTO: ?? ABD Rashid (tengah) pada sidang media selepas merasmikan pelancaran RESPA Sabah di Mess PDRM Sabah, semalam.
FOTO: ABD Rashid (tengah) pada sidang media selepas merasmikan pelancaran RESPA Sabah di Mess PDRM Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia