Harian Metro

Tunai impian kanak-kanak kanser Kotak antibanjir

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kegembiraa­n terpancar pada wajah dua kanak-kanak penghidap kanser kronik apabila impian mereka untuk menjejak kaki di Cameron Highlands, Pahang tercapai melalui melalui usaha yang dijalankan komuniti Wishing Star pada 17 November lalu.

Pengasas Wishing Star Wan Shahriza Wan Ab Rahman, 48, berkata, dia dimaklumka­n keluarga Emylia Syuhaida Amran, 11, yang menghidap Chronic Myeloid Leukaemia (CML) dan Muhammad Ali Salehuddin, 12, yang menderita T- Cell Lymphoblas­tic Lymphoma bahawa kedua-dua kanak-kanak itu ingin melawat pusat peranginan berkenaan, namun terikat dengan jadual rawatan selain kekangan masa.

Wan Shahriza berkata, dia mahu berikan yang terbaik buat kanak-kanak yang belum sempat mengenal erti kehidupan biarpun terpaksa berkorban masa dan tenaga.

“Adik Emylia dan Muhammad Ali sering meminta ibu bapa mereka berkunjung ke Cameron Highlands, namun atas pelbagai halangan membabitka­n kesihatan mereka belum sempat menunaikan hajat terakhir anak mereka.

“Lebih memilukan hati apabila Muhammad Ali baru kehilangan bapa tercintany­a pada Jun lalu dan sukar menunaikan hajat kanak-kanak itu memandangk­an mereka sekeluarga hilang tempat bergantung,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, walaupun baru ditubuhkan, komuniti Wishing Star tetap bergerak aktif dan menunaikan impian sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak kanser setakat ini.

Pengalaman menghadapi banjir setinggi dua meter pada 2014 menjadi inspirasi kepada empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, Kemaman Terengganu mencipta kotak simpanan antibanjir.

Lukmannul Hakim Muhammad, 16, yang mengetuai kumpulan itu berkata, kotak yang diberi nama Kassaskap itu berupaya menyimpan kuantiti barang sehingga 145 kilogram (kg).

“Kassaskap bermaksud keselamata­n dalam bahasa Sweden dan idea untuk menghasilk­an alat itu timbul kerana banjir selalu melanda kawasan kami khususnya pada hujung tahun.

“Alat itu sangat berguna untuk menyimpan barang berharga daripada ditenggela­mi air bagi penduduk yang terjejas selain menjadi kelengkapa­n menyelamat­kan diri dan keluarga jika berlaku banjir,” katanya ketika ditemui pada Pertanding­an Petronas All About Youth (AAY) All Star 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, semalam.

Katanya, alat seberat 10kg itu diperbuat daripada barang

„ Empat pelajar cipta Kassaskap bantu simpan barang sehingga 145kg pada musim bah

kitar semula seperti pelampung kapsul, tong simpanan dan aluminium yang boleh ditemui di sekitar rumah mereka.

Penghasila­n Kassaskap itu turut dibantu tiga rakannya yang juga pelajar tingkatan empat SMK Chukai iaitu Iman Nur’Aina Nor Zuhan, Nurin Darwisyah Mohd Faizal dan Mohd Arsyad Mohd Sabri. Dalam pertanding­an itu, lima sekolah dipilih untuk bertanding di peringkat akhir iaitu SMK Bongkol dan SMK Penangah dari Sabah, SMK Tatau, Sarawak dan SMK Padang Pulut, Terengganu.

Program Petronas AAY adalah inisiatif Petronas yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar menerusi aktiviti reka cipta khas untuk membina tahap kepemimpin­an dan galakan kepada pelajar menjadi belia cemerlang pada masa depan sekali gus menyumbang ke arah pembanguna­n negara.

Lukmannul berkata, dia berharap alat berkenaan dapat dikomersia­lkan memandangk­an ia dapat memudahkan penduduk terjejas banjir.

 ??  ?? PELAJAR SMK Chukai menunjukka­n hasil ciptaan kotak Kassaskap pada pertanding­an akhir Petronas AAY di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
PELAJAR SMK Chukai menunjukka­n hasil ciptaan kotak Kassaskap pada pertanding­an akhir Petronas AAY di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
 ??  ?? EMYLIA dan Muhammad Ali ketika di Cameron Highlands.
EMYLIA dan Muhammad Ali ketika di Cameron Highlands.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia