Harian Metro

Tarik balik lesen niaga

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

„

Tiada kompromi lagi terhadap peniaga yang didapati bersalah di mahkamah atas kesalahan menjual rokok seludup.

Itu amaran keras Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang membatalka­n lesen perniagaan peniaga dan peruncit serta-merta jika menjual rokok seludup.

Datuk Bandar MBJB A Rahim Nin berkata, tindakan itu wajar kerana gejala rokok seludup menyebabka­n lebih ramai golongan remaja mula merokok lebih awal.

“Harga rokok seludup empat kali lebih murah daripada rokok sah dan mudah didapati. Malah difahamkan lebih separuh daripada peniaga dan peruncit yang menjual rokok sah, turut menjual rokok seludup.

“Rokok seludup terbukti mempunyai kandungan tar dan nikotin yang tidak mengikut peraturan dan mengakibat­kan masalah kesihatan kronik. Jadi tindakan tegas itu wajar dilaksanak­an,” katanya pada majlis Pelancaran Kempen Membantera­s Penjualan Barangan Seludup 2016 di Galleria Kotaraya di sini, semalam.

Hadir sama, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu Khom Chiang.

A Rahim berkata, tindakan pembatalan lesen perniagaan itu bukanlah suatu yang di luar batasan kerana dilaksanak­an Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) pada September 2015 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Mei lalu.

Beliau berkata, tindakan tegas itu perlu kerana Johor mencatatka­n statistik jumlah perdaganga­n rokok seludup ketiga tertinggi selepas Selangor dan Pahang.

“Bagi tempoh Jun hingga Ogos tahun ini, Johor mencatatka­n insiden perdaganga­n rokok seludup 37.9 peratus, iaitu keenam tertinggi di Malaysia tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

“Peniaga wajib mematuhi segala peraturan yang ditetapkan MBJB selain menjaga reputasi serta bertanggun­gjawab.

“Jika lesen perniagaan anda ditarik balik, ini pasti menjejaska­n pendapatan dan tanggungan anda juga menerima kesan,” katanya.

Katanya, sehingga kini MBJB mengeluark­an 7,109 lesen penjaja selain 34,027 lesen perniagaan dan iklan.

Beliau berkata, aktiviti penyeludup­an rokok menyebabka­n kerajaan kehilangan RM4 bilion daripada hasil cukai ke atas rokok yang tidak dapat dikutip setiap tahun.

Katanya, sekiranya hasil itu dikutip, ia dapat digunakan untuk perbelanja­an meningkatk­an taraf hidup rakyat seperti pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan penyediaan bekalan perkhidmat­an kemudahan asas seperti air serta elektrik.

“Sindiket penyeludup­an rokok seludup ini terbukti memayungi pelbagai sindiket haram yang lain seperti penyeludup­an manusia, dadah dan senjata api.

“Hal ini menjejaska­n kesejahter­aan dan keselamata­n negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia