Harian Metro

Cipta gelombang kemenangan

-

Kuala Lumpur: Ahli UMNO diingatkan supaya bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang boleh diadakan pada bila-bila masa sebelum mandat berakhir pada 23 Jun 2018.

Itu antara inti pati utama ditekankan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada sesi taklimat presiden kepada semua perwakilan sempena Perhimpuna­n Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Difahamkan, ketika sesi taklimat itu, Najib turut mencabar semua ahli parti dengan menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk memenangi sekurang-kurangnya 134 kerusi Parlimen pada PRU ke-14 akan datang, sekali gus mengatasi bilangan kerusi yang diperoleh pada PRU ke-13 yang lalu, malah Perdana Menteri melaungkan keyakinan sasaran itu boleh dicapai jika semua ahli parti bekerja keras dan berusaha untuk mencapai sasaran berkenaan.

Menurut sumber, dalam taklimat itu, Najib turut menekankan bukan saja jentera pilihan raya yang perlu bersiap sedia, malah ahli parti juga disaran mencipta gelombang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan mengambil peringatan daripada keputusan pilihan raya presiden di Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Sumber itu berkata, dalam hal itu, Najib juga menekankan kepada semua ahli parti supaya tidak mengambil mudah cabaran daripada parti pembangkan­g serta pihak luar yang mahu mengganggu gugat keadaan dalam negara.

Dalam ucapannya selama sejam itu, Najib turut menggarisk­an sekurang-kurangnya tiga pihak yang ketika ini dilihat bersungguh-sungguh untuk memberi ancaman kepada UMNO dan BN iaitu pakatan pembangkan­g diketuai DAP, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta penyangak matawang antarabang­sa, George Soros yang ketika ini menyalurka­n sejumlah dana kepada pihak dan pertubuhan tertentu di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia