Harian Metro

‘Sini pun seronok’

-

“Bagi saya, beraksi di mana pun sama saja kerana ini adalah minat. Memang ramai yang perasan, tapi saya tetap sebagai penghibur. Memanglah berada di pentas konsert lebih besar tetapi di sini, pun seronok juga menghiburk­an orang ramai,” kata Jamilul Hayat, adik kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah.

Kelibat Jamilul Hayat yang beraksi bersama kumpulan pemuzik dari Klinik Cure & Care Sungai Besi mencuri tumpuan pengunjung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam dengan ramai yang tidak melepaskan peluang mengambil gambar ketika mereka mengadakan persembaha­n.

Sebelum ini, ruang berhampira­n gerai jualan di aras dua dipenuhi orang ramai yang mahu membeli-belah, namun Perhimpuna­n Agung UMNO kali ini berbeza apabila pengunjung dapat bersantai di kawasan berkenaan sambil menikmati alunan muzik dipersemba­hkan.

Menurutnya, dia menyedari ada pengunjung yang menyedarin­ya adik Jamal Abdillah, namun tetap meneruskan persembaha­n sebaik mungkin kerana ia amanah diberikan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) kepada kumpulanny­a.

“Persembaha­n depan khalayak

„ Jamilul Hayat curi tumpuan pengunjung PWTC

begini tentulah berbeza dengan di Istana Budaya sewaktu saya dijemput dalam Konsert 3 Suara yang berlangsun­g di Panggung Sari, 22 September lalu, tapi saya seronok kerana jelas orang ramai terhibur,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Sementara itu, pengurus kumpulan itu, Mohd Yusri Mohd Yusof berkata, ini kali pertama mereka dijemput membuat persembaha­n di PWTC berbanding hanya beraksi pada acara dalaman KDN sebelum ini.

 ??  ?? KELIBAT Jamilul Hayat bersama pemuzik dari Klinik Cure & Care di PWTC.
KELIBAT Jamilul Hayat bersama pemuzik dari Klinik Cure & Care di PWTC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia