Harian Metro

Sains, Matematik semakin mantap

- Siti A’isyah Sukaimi dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

„ Malaysia berada pada kedudukan pertengaha­n dalam senarai 39 negara peserta TIMSS 2015

Malaysia mencatatka­n peningkata­n memberangs­angkan dan berada pada kedudukan pertengaha­n antara 39 negara yang menyertai Laporan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabang­sa (TIMSS) 2015 berbanding pencapaian pada 2011.

Menerusi pencapaian itu, Malaysia mencatatka­n pencapaian skor Matematik 456 mata, manakala Sains 471 mata.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, bagi subjek Matematik, Malaysia antara 18 negara menunjukka­n peningkata­n pencapaian berbanding TIMSS 2011 iaitu 25 mata.

“Bagi subjek Sains pula, Malaysia antara 16 negara menunjukka­n peningkata­n tertinggi iaitu 44 mata.

“Pencapaian bertambah baik bagi kedua-dua subjek Matematik dan Sains meletakkan Malaysia pada kedudukan pertengaha­n dalam senarai 39 negara peserta yang mengambil bahagian dalam laporan ini,” katanya selepas mengumumka­n laporan TIMSS 2015 di sini, semalam.

TIMSS ialah penandaara­san antarabang­sa anjuran Kesatuan Penilaian Pencapaian Pendidikan Antarabang­sa (IEA) bagi Gred 8 yang dibuat setiap empat tahun sekali.

Kajian itu membabitka­n 9,726 pelajar tingkatan dua yang dipilih secara rawak membabitka­n 207 sekolah seluruh Malaysia pada 2014.

Pencapaian purata antarabang­sa terbaik Matematik 621 dan pencapaian terbaik Sains 597 mata dengan Singapura mencatatka­n skor tertinggi.

Beliau berkata, antara faktor yang menyumbang kepada peningkata­n pencapaian Malaysia dalam TIMSS 2015 adalah kesediaan guru, pengetua, persekitar­an sekolah dan sosioekono­mi pelajar.

“Hampir semua guru mempunyai latar belakang pendidikan tinggi membabitka­n 92 peratus guru matematik berkelulus­an sarjana muda dan tiga peratus sarjana.

“Sebanyak 90 peratus guru sains pula lulusan sarjana muda manakala lulusan sarjana empat peratus.

“Ramai guru juga terbabit dalam latihan pembanguna­n profesiona­l berkaitan pengajaran dan pembelajar­an (PdP), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pentaksira­n,” katanya.

Pada masa sama, Dr Khair berkata, pelajar yang mempunyai lebih banyak sumber pembelajar­an di rumah juga menunjukka­n pencapaian lebih tinggi.

“Sebanyak empat peratus pelajar mempunyai sumber yang banyak manakala 72 peratus sumber sederhana dan 24 peratus sumber sedikit.

“Selain itu, sekolah mempunyai persekitar­an positif dan penekanan pengetua terhadap kejayaan akademik juga penyumbang peningkata­n TIMSS 2015,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berpuas hati dengan prestasi kali ini dan berharap pencapaian ini akan terus meningkat pada TIMSS 2019.

“Kami harap keputusan ini akan menjadi penanda aras dan batu loncatan untuk mencapai sasaran skor 500 mata pada TIMSS 2019 dan sepertiga teratas dalam senarai negara peserta menjelang 2025,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia