Harian Metro

Karipap comel gebu

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

„ Pasangan tak sangka bisnes masuki pasaran antarabang­sa

Tidak mempunyai kemahiran membuat karipap dan pada mulanya hanya sekadar suka-suka, siapa sangka karipap mini atau ‘mini puff’ yang dicipta oleh sepasang suami isteri ini sudah memasuki pasaran antarabang­sa.

Meskipun baru setahun berjinak-jinak dalam industri perniagaan, Sharmila Johan, 46, bersama suaminya, Youseff Majid, 58, tidak terfikir karipap rekaan mereka mendapat sambutan hangat sehingga menerima tempahan dari Dubai dan Jepun.

Sharmila berkata, semuanya bermula apabila dia berbincang bersama suami untuk memulakan perniagaan dan mencuba lebih 10 kali adunan untuk menjadikan satu resipi kuih karipap yang unik.

“Ketika itu, suami pun seperti kurang yakin dengan produk yang mahu diniagakan kerana karipap ada dijual di mana-mana. Tetapi selepas berjaya membuat karipap yang comel dan gebu, rakan-rakan mula membuat tempahan yang banyak.

“Lima bulan selepas itu, bermula tiga orang yang membuat kuih ini di rumah, kami bertambah sehingga menjadi 12 orang dan mendapatka­n sebuah premis untuk memproses produk ini yang memasarkan anggaran 6,000 biji sehari,” katanya.

Menurutnya, karipap mini yang terdiri daripada lapan perisa itu semakin mendapat sambutan daripada orang ramai apabila kenalan meluaskan pasaran produk mereka dari jiran tetangga sehinggala­h ke pejabat korporat dan istana.

“Karipap mini kami mula dikenali di Lembah Klang sehingga kami tidak menang tangan dan terpaksa melantik ejen untuk mengambil produk dari kedai sebelum menghantar kepada pelanggan.

“Bagaimanap­un mini puff yang dihasilkan tetap dilakukan dengan teliti supaya semuanya berkualiti mengikut prosedur yang ditetapkan dan yang paling penting produk sudah mendapat sijil halal serta tidak mengandung­i monosodium glutamat (MSG),” katanya.

Menurutnya, karipap mini dijual dalam keadaan sepa- ruh masak bagi mengelakka­n kuih itu melekat apabila digoreng dan dibekalkan di dalam bekas tahan sejuk beku yang mengandung­i sebanyak 20 biji.

 ??  ?? SHARMILA menunjukka­n karipap yang mendapat sambutan menggalakk­an. Gambar kecil, Sharmila melihat pekerjanya memproses karipap.
SHARMILA menunjukka­n karipap yang mendapat sambutan menggalakk­an. Gambar kecil, Sharmila melihat pekerjanya memproses karipap.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia