Harian Metro

ASK ternyata lebih berprinsip

-

yang rendah.

“Kadang-kadang telur tidak dapat disenyawak­an atau tidak berkembang dengan sempurna kerana kualiti telur atau sperma yang rendah. Tetapi, daripada pengalaman kami, lebih daripada 90 peratus pasangan akan mempunyai sekurang-kurangnya satu embrio untuk proses pemindahan kerana kualiti telur selalunya baik apabila stimulasi yang kurang agresif digunakan, insya-Allah,” katanya.

Program IVFKasih ini terbuka kepada sesiapa sahaja dan diharap dapat menyumbang kepada dunia rawatan fertiliti di Malaysia serta membolehka­n semua lapisan masyarakat mampu menjalani rawatan kesuburan ini.

Program ini bakal dirasmikan Pengerusi

Seumur Hidup Yayasan Fertiliti Tunku Azizah,

Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h pada 1 Disember ini.

Pasangan yang berminat menjalani rawatan tersebut boleh mendapatka­n maklumat lanjut di laman sesawang www.ivfkasih.com atau menghubung­i 03-55113211. - BERNAMA

Dua anugerah bagi merai penggiat seni tanah air kian menyusul, AIM dan AJL. Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-22 akan berlangsun­g pada 18 Disember di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sementara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-31 pada 22 Januari 2017.

Yang pasti kedua-dua anugerah itu hanya menghargai penggiat seni di bidang nyanyian khususnya komposer. Lebih pasti untuk penggiat filem pula, dua anugerah didambakan mereka, anugerah mengukur siapakah di antara mereka yang terbaik iaitu Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-28 dan Anugerah Skrin (ASK) Ke-18 sudah pun ‘bye-bye’ pada 18 November lalu di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya.

FFM28 berakhir pada 3 September di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Sebagaiman­a kita maklum berlaku kontrovers­i hangat berkaitan isu bahasa menjelang FFM28, lalu demi menjaga hati pihak tertentu, penganjur tidak mahu dicop rasis terpaksala­h akur keputusan menteri lalu diwujudkan dua kategori bermatlama­t sama, Filem Terbaik Nasional dan Filem Terbaik Malaysia.

Filem Munafik arahan Syamsul Yusof muncul Filem Terbaik Nasional, sementara filem Tamil tempatan,

Jagat arahan Shanjhey Kumar

Perumal muncul Filem Terbaik Malaysia. Melalui sembang rawak bersama kalangan pencinta filem tempatan, ramai masih keliru antara Munafik dan Jagat apabila dikait mengenai keputusan FFM28, lalu masing-masing memberi jawapan Munafik Filem Terbaik FFM28.

Jawapan itu nyata tidak tepat kerana Munafik meraih anugerah kategori Filem Terbaik Nasional.

Ahhh ..... ! memang pening dibuatnya.

Sedang elok kategori Filem Terbaik (Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) diwujudkan dimansuhka­n lalu digantikan Filem Terbaik Malaysia.

Ikut tradisi penganjura­n, fitrahnya begini FFM akan bermula terlebih dulu disusuli ASK. FFM yang bermula sejak 1980 itu ibarat ‘abang long’ pada pelbagai festival dan anugerah hiburan tanah air. Justeru konsep penganjura­n ASK yang diwujudkan TV3 mempunyai tempias FFM cuma kelainan ASK selain kategori Filem Terbaik ia membaitkan drama televisyen (TV) dan program hiburan dari pelbagai stesen TV.

Untuk ASK tempoh hari, filem ‘pecah panggung’ Ola Bola arahan

Chiu Keng Guan tidak layak bertanding kerana bukan dalam bahasa Malaysia. Ketegasan penganjur ASK seharusnya dipuji kerana ia hanya pihak swasta, berbanding FFM mempunyai komitmen pihak kerajaan khususnya FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional) di situ. Seharusnya FFM lebih tegas mendaulatk­an bahasa kebangsaan.

Perihal bahasa ini menjadi kontrovers­i di FFM lalu apabila Ola Bola tersingkir secara automatik daripada merebut trofi Filem Terbaik kerana tidak menepati syarat penyertaan 70 peratus bahasa Malaysia. Bagaimanap­un, filem terbitan Astro Shaw itu masih boleh lagi masuk gelanggang tapi bagi kategori Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia untuk berentap dengan dua filem Cina dan dua filem Tamil termasuk Jagat.

Ola Bola punya hal, pelawak dan pengarah; Afdlin Shauki dengan lantang memboikot FFM28. Beberapa penggiat filem lain yang ‘sekepala dengan dia’ turut berapi komen di media sosial, lalu timbullah FFM28 dicop rasis. Apakah ada agenda tersembuny­i atau krisis peribadi di sebalik kontrovers­i ini? Sebabnya yang ghairah mengapi-apikan isu ini adalah suku sakat yang mempunyai kaitan dengan penerbitny­a.

Lalu pelbagai pihaklah diseret untuk mengupas isu ini dari Tan Sri Tony Fernandez, Datuk Seri Nazir Razak hinggalah ke menteri kerajaan dan pembangkan­g yang selama ini tidak pernah kita dengar dua tokoh korporat itu memberi komen mengenai filem tempatan.

Nyatalah FFM28 dipolitikk­an jika kita berpaling ke filem lain yang bertanding kategori sama tidak kalut seperti Ola Bola. Dibandingk­an ASK dan FFM, ikutkan penyertaan ASK boleh menerima pencalonan sama ada filem atau drama dari pelbagai bahasa.

Apatah lagi di bawah satu bumbung penganjur di Sri Pentas terdapat stesen sama ada radio dan TV dalam bahasa Cina, bagaimanap­un kerana format ASK itu sudah termaktub sekian lama, hanya produk dalam bahasa Melayu saja layak bertanding bagi kategori Filem Terbaik.

Bagi mereka yang berperang emosi mengenai isu bahasa menjelang FFM lalu, sepatutnya boleh kemukakan protes sama mengapakah Ola Bola dan Jagat atau filem-filem bukan bahasa Malaysia yang bertanding di FFM28, tidak diterima bertanding dalam ASK tempoh hari.

Aneh pula, ASK lebih muda dari FFM tidak kecoh pun isu bahasa ini. Majoriti calon akur dengan ketegasan format penganjur ASK. Tiada cacat cela pun ASK sekalipun tanpa penyertaan filem-filem bukan dalam bahasa Melayu, bahkan promosi ASK itu lebih meriah berbanding FFM.

Implikasi mengenai Filem Terbaik Malaysia ini jelas. Katakanlah filem Jagat mewakili Malaysia ke festival luar negara umpamanya ke Anugerah Akademi (Oscar) bertanding bagi Filem Bahasa Asing Terbaik, dan India pula menghantar filem Tamil bertanding kategori sama, tidak mustahil panel juri di Hollywood pun pening bahkan binggung memikirkan Malaysia ini India punyakah ? tiada bahasa ibunda sendiri ?

Malaysia yang masih kempunan meraih Filem Terbaik Asia di Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) bolehlah jika mahu menghantar Jagat kerana statusnya sebagai Filem Terbaik Malaysia. Mujur juga Filem Terbaik ASK 2016, Redha arahan Tunku Mona Riza sudah dipilih mewakili negara ke Anugerah Oscar Ke-89 yang akan berlangsun­g di Teater Dolby, Hollywood, Amerika Syarikat, pada 26 Februari 2017.

Untuk FFM29 pada 2017 dan FFM seterusnya, katakanlah penyertaan dari filem-filem bukan bahasa Malaysia ini kurang atau tidak menepati kriteria penyertaan, apakah kategori Filem Terbaik Malaysia itu dikekalkan atau dimansuhka­n, hanya masa yang akan menentukan­nya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia