Harian Metro

Bermujahad­ah lawan nafsu

-

„ Usah biar keinginan membuak-buak menguasai diri sehingga tersasar dari jalan diredai-Nya

kejahatan dan kehancuran.

Usah membiarkan diri menjadi kuda tunggangan­nya. Firman-Nya bermaksud: “Oleh itu, janganlah kamu menurut hawa nafsu supaya kamu tidak menyelewen­g daripada keadilan.” (Surah an-Nisa, ayat 135)

Jangan tertipu dengan janji keindahan dan keseronoka­nnya. Kata Imam al-Junaid: “Jangan mempercaya­i hawa nafsumu meskipun sudah lama taat kepadamu, untuk berbuat ibadat kepada Tuhanmu.”

Seorang tokoh tabiin

Malik bin Dinar terkenal sebagai ahli ibadat yang teguh hatinya.

Dalam beberapa gambaran, nyata perwatakan­nya yang beribadat dengan sebulat hati, malah sabar menahan nafsu dan pemaaf.

Pada waktu dia menderita sakit hingga mengakibat­kan kematianny­a, dia ingin semangkuk madu bercampur susu dan roti panas.

Lantas, dihantarka­n apa yang diingininy­a. Apabila makanan tersedia di depannya, dia mengambil dan melihatnya sebentar.

Dia berkata: “Wahai nafsu! Kamu bersabar (untuk tidak memakannya) selama 30 tahun. Kini, umurmu tinggal sebentar saja, mengapa kamu tidak mahu bersabar?”

Selepas itu dia melepaskan tangannya dan berpaling dari makanan yang ada di mangkuk. Dia bersabar dalam menahan keinginann­ya dan tidak memakannya. Sebaik saja melepaskan dan berpaling dari makanan itu, dia menghembus­kan nafasnya.

Ketahuilah, mereka yang ingin mendapatka­n rahmat Allah akan membebaska­n diri daripada mengikut nafsu. Bukan seketika, tetapi sepanjang waktu. Mereka sentiasa bermujahad­ah melawannya.

Segala amal perbuatan mereka adalah mengikut petunjuk Allah dan Rasul-Nya, bukan mengikut telunjuk hawa nafsu. Mereka menuju keredaan Allah.

Firman-Nya bermaksud: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya kamu diberi rahmat.” (Surah Ali-Imran, ayat 132)

Penulis ialah Penulis Khas Harian Metro

susah, pelajar dan anak yatim.

Mempercaya­i kitab suci diturunkan sebelum Nabi Muhammad SAW, seperti kitab Zabur kepada Nabi Daud, Injil kepada Nabi Isa dan Taurat kepada Nabi Musa AS.

Mengimani dengan yakin adanya hari kiamat.

Bersikap pemaaf terhadap kesalahan orang lain.

Menahan kemarahan iaitu tidak mengikut emosi.

Jika terlanjur melakukan kesalahan, segera sedar dan memohon ampun kepada-Nya. Malah, segera bertaubat kepada-Nya, sekali gus tidak akan mengulangi­nya lagi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia