Harian Metro

VIRAL BIKIN CEMAS

- Isma Ismail, Zatul Iffah Zolkiply dan Zaid Salim am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu

Air dari perparitan yang tidak dapat mengalir ke laut disebabkan hujan lebat dan pada masa sama, berlaku air pasang menyebabka­n berlakunya limpahan hingga beberapa kawasan penempatan penduduk serta jalan dinaiki air.

Keadaan itu berlaku di beberapa kawasan di seluruh negeri terutamany­a di sekitar bandar raya ini pada waktu pagi yang berlanjuta­n hingga ke tengah hari semalam.

Air naik mendadak menyebabka­n ramai yang memviralka­n gambar dan video di laman sosial mengenai kejadian itu hingga mencetuska­n kebimbanga­n dalam kalangan orang ramai kerana bimbang banjir besar seperti berlaku pada 2009 berulang.

Timbalan Pengarah Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mejar (PA) Amirsarafu­din Zalman yang juga Setiausaha Sekretaria­t

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana negeri berkata, keadaan yang berlaku itu tidak seperti yang digambarka­n di laman sosial.

Menurutnya, terdapat gambar yang viral di laman sosial dirakam menggunaka­n teknik fotografi hingga menyebabka­n sesetengah daripadany­a dilihat seperti paras air di kawasan berkenaan tinggi sedangkan ia hanya paras betis.

Katanya, keadaan itu menyebabka­n orang ramai cemas kerana menjangkak­an banjir besar melanda, tambahan pula hujan lebat berterusan di beberapa kawasan sejak tengah malam semalam.

“Pihak kami akui memang beberapa kawasan dinaiki air tetapi orang ramai yang tidak mendapat maklumat tepat daripada pihak berkaitan menyebabka­n situasi cemas itu berlaku.

“Kejadian itu berlaku kerana pertembung­an air pasang dan hujan lebat menyebabka­n limpahan air dan kemuncakny­a antara jam 9.30 pagi hingga jam 10 pagi tadi (semalam),” katanya.

Menurutnya, keadaan itu juga menyebabka­n dua laluan di Jalan Batu Buruk, Kuala Terengganu dan Jalan Seriting-Merchang, Marang, ditutup kepada kenderaan ringan sejak jam 10 pagi.

“Berdasarka­n maklumat Jabatan Meteorolog­i, beberapa kawasan di Terengganu dilanda hujan lebat sejak malam tadi (kelmarin) hingga lewat petang ini (semalam), tetapi berdasarka­n perkembang­an semasa didapati kawasan yang dinaiki air pagi tadi sudah mula surut.

“Kami juga sudah membuka Pusat Pengurusan Bencana Negeri di Wisma Darul Iman bagi mengumpul maklumat mengenai keadaan yang berlaku bagi memudahkan sebarang maklumat

dimaklumka­n kepada orang ramai,” katanya. Sementara itu, Pengarah APM negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, limpahan air yang berlaku semalam berikutan banyak kawasan mempunyai masalah perparitan.

“Saya difahamkan, kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sudah mengarahka­n Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk meninjau sistem perparitan di kawasan yang mengalami masalah.

“APM juga akan turut membuat rondaan di kawasan yang dilaporkan berlaku limpahan air terutama di sekitar bandar raya, Kuala Nerus dan Marang bagi memastikan bantuan awal dapat diberikan segera sekiranya keadaan bertambah buruk,” katanya.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu berasa bimbang dan cemas tetapi sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga serta peka dengan setiap arahan yang dikeluarka­n

„ Penduduk bimbang kejadian banjir besar 2009 berulang selepas gambar dikongsi di laman sosial

pihak berkuasa.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati hujan lebat sejak awal pagi menyebabka­n beberapa jalan utama di sekitar bandar raya itu ditenggela­mi air sehingga 0.3 meter.

 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK, Ishak Akib mengangkat almari yang ditenggela­mi air berikutan hujan lebat di Taman Sri Intan 2, Jalan Sultan Omar.
PENDUDUK, Ishak Akib mengangkat almari yang ditenggela­mi air berikutan hujan lebat di Taman Sri Intan 2, Jalan Sultan Omar.
 ??  ?? ORANG ramai terpaksa mengharung­i air di Jalan Pantai Batu Buruk.
ORANG ramai terpaksa mengharung­i air di Jalan Pantai Batu Buruk.
 ??  ?? AIR mencecah paras betis.
AIR mencecah paras betis.
 ??  ?? PENDUDUK melihat air memasuki rumah.
PENDUDUK melihat air memasuki rumah.
 ??  ?? PENIAGA di Jalan Pantai Batu Buruk lengang berikutan hujan lebat malam kelmarin.
PENIAGA di Jalan Pantai Batu Buruk lengang berikutan hujan lebat malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia