Harian Metro

Bomba bawa ke hospital

-

Kuala Terengganu: Seorang warga emas yang mengalami angin ahmar dikejarkan ke hospital dengan bantuan anggota bomba apabila rumah didiaminya dinaiki air pagi semalam.

Warga emas terbabit, Mohd Yusof Daud, 67, dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, dengan bantuan ambulans Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu Che Shari Abdullah berkata, tindakan itu dibuat apabila pihaknya menerima panggilan daripada keluarga warga emas itu yang meminta bantuan selepas kawasan perumahan didiami di Taman Sri Intan dinaiki air.

“Warga emas terbabit berada dalam keadaan stabil dan keluargany­a menghubung­i bomba kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku berikutan kawasan berkenaan dinaiki air sehingga paras 0.3 meter,” katanya.

Menurutnya, kawasan perumahan berkenaan dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan sejak jam 4 pagi tadi menyebabka­n air mula naik sejak jam 8 pagi.

Sementara itu, polis terpaksa membuat kawalan di beberapa jalan dinaiki air bermula awal pagi semalam di Jalan Sultan Omar berhampira­n Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Jalan Kamaruddin dan Jalan Batu Buruk.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata, kawalan itu diadakan bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar berikutan laluan berkenaan dinaiki air setinggi 0.3 meter.

“Selain itu, Jalan Serating ke Merchang di Marang turut dinaiki air sedalam 0.6 meter sepanjang 100 meter dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan dari kedua-dua arah,” katanya.

Katanya, bagi laluan ke pusat bandar raya Kuala Terengganu dan Jalan Batu Buruk serta lain-lain jalan di sekitar bandar raya berkenaan yang dinaiki air, sudah beransur pulih menjelang petang semalam dan boleh dilalui semua kenderaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia