Harian Metro

Gesa cari penyelesai­an

-

Kuala Terengganu: Penduduk di Taman Alamanda dan taman perumahan di sekitarnya di sini, meminta kerajaan negeri supaya segera mencari jalan bagi menyelesai­kan masalah banjir kilat di kawasan berkenaan.

Penduduk terbabit mendakwa kawasan taman berkenaan pernah dinaiki air pada 2009 tetapi dalam kejadian semalam sekali lagi berlaku dan mereka percaya terdapat sebab keadaan itu berulang.

Mazlan Awang, 48, dari Taman Alamanada 1, berkata, dia terkejut apabila secara tiba-tiba air memasuki ruang dalam rumahnya sehingga paras 0.3 meter.

“Kami tidak membuat persediaan apa-apa kerana tidak menyangka air naik kerana kawasan ini tidak pernah dinaiki air selepas kali terakhir pada 2009,” katanya.

Menurutnya, walaupun sistem perparitan yang dibina di kawasan berkenaan berkeadaan baik, terdapat kemungkina­n ada kawasan yang disekat dengan sampah menyebabka­n aliran air menjadi perlahan.

Suri rumah, Rohaya Omar dari Taman Sri Intan, di sini, berkata, banjir yang berlaku di kawasan berkenaan kebiasaann­ya tidak lama dan surut selepas hujan reda.

“Air terlalu cepat naik sehingga paras lutut dan saya tidak sempat berbuat apa-apa bagi menyelamat­kan barangan dalam rumah menyebabka­n ada yang rosak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Terengganu Che Shari Abdullah berkata, pihaknya membuat pemantauan di beberapa kampung yang dikenal pasti digenangi air iaitu Kampung Gong Tok Nasek dan Kampung Losong.

“Seramai 24 anggota termasuk pegawai yang dibahagika­n kepada tiga pasukan ke lokasi untuk memantau keadaan kawasan dinaiki air terbabit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia