Harian Metro

Terus siasat walau sudah bebas

-

Kuala Lumpur: Siasatan terhadap Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) masih tetap dijalankan meskipun dia sudah dibebaskan petang kelmarin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, berdasarka­n prosedur itu pegawai kanan polis berpangkat Superinten­dan ke atas mempunyai kuasa menahan seseorang selama 28 hari.

“Apabila selesai siasatan ke atas Maria baru-baru ini, pihak polis tidak menahannya lebih lama lagi dan mengambil keputusan membebaska­nnya semalam (kelmarin).

“Bagaimanap­un,

siasatan ke atasnya masih terus dijalankan. Ia bukan seperti mana didakwa Maria yang mengatakan siasatan terhadapny­a sudah selesai sepenuhnya. Selain SOSMA, Maria turut berhadapan dengan siasatan mengikut Akta Perhimpuna­n Aman (APA) 2012.

“Ketika ini, pasukan penyiasat sedang melengkapk­an kertas siasatan dan akan dikemukaka­n kepada Peguam Negara dalam tempoh satu bulan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Bukit Aman, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Felda Global Ventures

Holdings Berhad menyerahka­n 10 motosikal Kawasaki KLX 250 bagi kegunaan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang disempurna­kan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Maria, 60, dibebaskan pada jam 4.45 petang kelmarin, selepas ditahan sehari sebelum perhimpuna­n Bersih 5.0 berlangsun­g iaitu pada 18 November lalu.

Sepasukan polis yang menjalanka­n siasatan ke atasnya menemui beberapa dokumen ketika melakukan serbuan di ibu pejabat Bersih 2.0 di Petaling Jaya dipercayai ada menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) milik George Soros. Mahkamah Tinggi di sini, semalam, membatalka­n permohonan habeas corpus oleh Pengerusi Bersih 2.0 dan aktivis Maria Chin Abdullah yang sebelum ini mencabar penahanann­ya mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012).

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati mahkamah tidak mempunyai keperluan untuk mendengar permohonan Maria Chin, 60, berikutan dia sudah dibebaskan daripada tahanan kelmarin.

Beliau juga memutuskan mahkamah tidak boleh memberi sebarang merit berikutan responden tidak mengemukak­an afidavit jawapan.

“Mahkamah menerima surat daripada Penasihat Undang-undang Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) kelmarin berhubung pembebasan Maria Chin.

“Mahkamah ini juga tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan membabitka­n ganti rugi yang dikemukaka­n oleh Maria Chin,” katanya.

 ??  ?? KHALID
KHALID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia