Harian Metro

Polis panggil kru Al Jazeera

-

Putrajaya: Polis sudah memanggil kru produksi stesen televisyen Al Jazeera yang terbabit dalam penerbitan dokumentar­i berhubung dakwaan Malaysia dijadikan hab penjualan bayi untuk menentukan kesahihan maklumat yang dipaparkan dalam laporan itu.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim berkata, siasatan lanjut giat dilakukan pelbagai pihak termasuk Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

“Malah, pihak polis juga sudah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalanka­n siasatan terperinci kes ini mengikut Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipen yeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Ia memastikan sama ada bayi berkenaan benar-benar dijadikan anak angkat atau perkara lain termasuk jenayah seksual dan penjualan organ,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Mengenai Dakwaan Sindiket Penjualan Bayi di Malaysia di kementeria­nnya di sini, semalam.

Mesyuarat berkenaan

(gambar)

turut dihadiri wakil dari Majlis Antipemerd­agangan Orang (MAPO), KDN, Kementeria­n Kesihatan, JPN dan PDRM.

Pada masa sama, Rohani berkata, rundingan akan diadakan dengan Kementeria­n Luar untuk mengetahui tindakan lanjut yang boleh diambil terhadap Al Jazeera kerana ia membabitka­n badan antarabang­sa.

Selain itu, beliau menafikan Malaysia menjadi hab kegiatan pemerdagan­gan bayi, dan ia satu dakwaan serius dan tidak mencermink­an keadaan di negara ini.

“Apa yang dilaporkan Al-Jazeera adalah dakwaan semata-mata kerana kegiatan ini tidak berlaku secara berleluasa, tidak betul .... ia pernah berlaku tiga tahun lalu dan siasatan serta tangkapan sudah dilakukan, malah bayi terbabit berjaya diselamatk­an,” katanya. Kuala Lumpur: Malaysia mengambil langkah lebih berjaga-jaga susulan kejadian tembak membabitka­n 11 anggota militan di Mindanao, Filipina yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Daish selepas digempur tentera Filipina yang melancarka­n serangan meriam baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata, setakat ini tidak dapat dipastikan bahawa mereka yang terbabit anggota Daish lari mencari perlindung­an selepas digempur di Syria dan Iraq.

“Semalam (kelmarin), kita mendapat laporan bahawa Filipina membunuh beberapa pengganas di Mindanao yang bai’ah menyokong Daish,” katanya. Kota Bharu: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), melangkah lebih jauh apabila menjadi pertubuhan pertama memiliki stesen televisyen (TV) sendiri selepas mendapat kelulusan kerajaan, dua minggu lalu.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Datuk Seri Saipolbaha­ri Shuib berkata, stesen televisyen itu yang akan dikenali sebagai NAFAS TV dijangka memulakan operasinya tahun hadapan dengan tempoh sah laku lesen selama 10 tahun.

Beliau berkata, ketika ini, pihaknya dalam proses menyiapkan studio dan kelengkapa­n lain yang bakal beroperasi di

Petaling Jaya, Selangor.

“Stesen TV ini sama dengan stesen lain seperti TV1, TV2 dan TV3, dengan kita tidak berhajat untuk fokus kepada bidang pertanian saja, malah merangkumi semua genre hiburan serta maklumat kepada orang ramai.

“Cumanya, kita akan gunakan peluang ini untuk mempromosi semua produk dan aktiviti kepada masyarakat, malah NAFAS TV akan menjadi satu saluran yang memberi peluang kepada orang ramai mempromosi produk mereka.

“Kita mahu beri gambaran kepada orang di luar sana bahawa ahli NAFAS bukan saja bertumpu kepada aktiviti pertanian semata-mata, malah bidang lain juga,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Ramah Mesra dan Penyampaia­n Zakat Perniagaan NAFAS di Holiday Villa di sini, malam kelmarin.

 ??  ?? SAIPOLBAHA­RI (dua kiri) di Majlis Ramah Mesra dan Penyampaia­n Zakat NAFAS di Hotel Holiday Villa, Kota Bharu.
SAIPOLBAHA­RI (dua kiri) di Majlis Ramah Mesra dan Penyampaia­n Zakat NAFAS di Hotel Holiday Villa, Kota Bharu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia