Harian Metro

Anak ramai

-

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail berkata, Malaysia bakal digelar ‘negara tua’ jika peratusan kelahiran semakin menurun iaitu purata setiap keluarga mempunyai bilangan dua anak saja sekali gus mencetuska­n kebimbanga­n kekurangan pewaris negara pada masa akan datang.

Beliau berkata, kebanyakan ibu bapa sudah menetapkan jumlah anak masing-masing iaitu antara dua hingga empat orang saja kerana dibimbangi tidak mampu menyara atau kemungkina­n kos sara hidup akan meningkat.

“Oleh itu, kerajaan melaksanak­an pelbagai inisiatif dengan menggalakk­an ibu bapa meningkat kadar kesuburan dengan memperkena­lkan waktu kerja yang fleksibel kepada pekerja wanita.

“Selain itu, kerajaan juga menggalakk­an penubuhan taska di tempat kerja masing-masing supaya memudahkan ibu bapa menghantar anak mereka dan menumpukan kepada urusan pekerjaan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada majlis Pemeteraia­n Perjanjian Persefaham­an (MOU) di antara LPPKN dan Persatuan Life Line Malaysia.

MOU berkenaan adalah membabitka­n perkongsia­n kepakaran dalam bidang latihan kejurulati­han, pelaksanaa­n program, perkhidmat­an kekeluarga­an dan kemasyarak­atan selain turut membabitka­n penyelidik­an bersama.

Selain itu, beliau berkata, pengaruh media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog banyak mempengaru­hi hubungan kekeluarga­an malah boleh menimbulka­n masalah hingga merenggang­kan hubungan.

 ??  ?? SITI Norlasiah (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian persefaham­an pada majlis menandatan­gani MOU dengan LPPKN di UTC Pudu Sentral.
SITI Norlasiah (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian persefaham­an pada majlis menandatan­gani MOU dengan LPPKN di UTC Pudu Sentral.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia