Harian Metro

Biar sampai habis nyawa

- Nur Izzati Izzah Nadzi hmetroshah­alam @hmetro.com.my

„ Nenek viral di Internet kutip tin, botol tekad jaga dua anak, menantu sakit serta empat cucu

“Biar saya menjaga anak dan empat cucu sehingga ke hujung nyawa kerana mereka adalah tanggungja­wab saya,” kata Che Yah Ismail, 61.

Nenek yang lebih dikenali sebagai Mak cik Che Yah menjadi viral dan perhatian netizen baru-baru ini, kerana mengutip tin dan botol bersama beberapa cucunya di sekitar Flat Alam Perdana, Puncak Alam, di sini.

Che Yah berkata, selepas kisahnya diketahui umum, ada individu prihatin yang datang menghulurk­an bantuan seperti makanan dan barangan dapur kepada keluargany­a.

“Saya sememangny­a tidak tahu siapa yang merakam gambar saya ketika itu. Kebetulan cucu mahu makan aiskrim dan saya berusaha mencari wang dengan mengumpul tin kosong dalam tong sampah.

“Menerusi hasil jualan tin itu, saya belikan dia aiskrim berkenaan. Saya bukan jenis yang suka meminta, tetapi bersyukur apabila ada yang sudi menghulurk­an bantuan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun mempunyai empat anak lelaki, hanya anak sulungnya, Mohd Nordin Abdul Ghani, 46, yang dapat membantuny­a serba sedikit dengan bekerja sebagai penghantar surat.

“Dua anak lelaki dan menantu yang tinggal bersama saya pula mengalami masalah kesihatan hingga tidak boleh bekerja seperti orang lain.

“Hanya Mohd Nordin yang membantu saya membayar sewa bulanan rumah kami, namun saya tidak boleh mengharapk­an segalanya kepada dia yang turut mempunyai keluarga sendiri,” katanya yang berasal dari Ketereh, Kelantan.

Kata Che Yah, semua cucunya berusia 11 bulan hingga empat tahun masih memerlukan susu dan lampin pakai buang sehingga dia terpaksa menjual telefon bimbit untuk membeli keperluan itu.

“Walaupun ramai mencemuh saya kerana anak tidak bekerja untuk membantu, saya akan menjaga mereka sehingga termampu dengan kudrat yang ada.

“Saya bersyukur kerana bantuan kebajikan warga emas berjumlah RM175 yang diterima sehingga kini dapat membantu meringanka­n beban,” katanya.

 ??  ?? CHE Yah mengutip botol kosong bersama cucunya, Siti Aisyah Umairah (kiri), Mohamad Fariz Danial (dua kiri) dan Siti Melur Natasya di sekitar Taman Alam Perdana.
CHE Yah mengutip botol kosong bersama cucunya, Siti Aisyah Umairah (kiri), Mohamad Fariz Danial (dua kiri) dan Siti Melur Natasya di sekitar Taman Alam Perdana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia