Harian Metro

Kes curi wang pemilik akaun cuai

-

Kuala Lumpur: “Kebanyakan laporan diterima membabitka­n kes kecurian wang melalui mesin ATM (mesin pengeluara­n wang automatik) adalah akibat kecuaian pemilik akaun itu sendiri dan bukannya digodam dalam sistem komputer,” ujar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani.

Menurutnya, JSJK tidak menerima sebarang laporan kecurian wang mesin ATM yang dikawal dari jarak jauh daripada mana-mana pihak sama ada individu mahupun pihak bank.

“Sehingga kini, kami tidak menerima laporan berhubung kejadian membabitka­n kes kecurian wang melalui ATM yang dikawal jauh daripada mana-mana pihak sama ada persendiri­an mahupun syarikat,” katanya.

Acryl berkata, pihak berkaitan perlu memastikan sistem sedia ada dikemaskin­i bagi mengelak ia menjadi sasaran penjenayah siber yang semakin licik menjalanka­n kegiatan mereka menggunaka­n perisian tertentu.

“Sistem keselamata­n kukuh boleh mengelakka­n mesin ATM digodam dan dikawal daripada jauh oleh sindiket penjenayah siber yang mempunyai pelbagai kaedah baru menggunaka­n teknologi canggih.

“Orang ramai dinasihatk­an sentiasa mengambil langkah waspada terhadap keselamata­n akaun bagi mengelak menjadi sasaran sindiket berkenaan yang sentiasa mencari peluang untuk berbuat demikian,” katanya.

Dalam kejadian 27 September 2014, dua lelaki warga asing berjaya melesapkan wang berjumlah RM568,000 daripada mesin ATM di dua bank di USJ 10, Subang Jaya dan Petaling Jaya, di sini.

Suspek lelaki yang dipercayai warga Amerika Latin berusia lingkungan 20 ke 35 tahun itu didapati melakukan sebanyak 137 transaksi di mesin berkenaan selepas mereka berjaya menggodam sistem ATM

itu. ketat bagi mengelak digodam.

“Ternyata, usaha itu berhasil apabila tiada kes dan aduan terbaru diterima daripada orang ramai mahupun pihak bank berhubung insiden kecurian wang pada mesin ATM yang dikawal jauh selepas kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kenyataan itu sekali gus menafikan laporan agensi media Reuters yang memetik sebuah firma keselamata­n siber Rusia mendakwa Malaysia antara 14 negara berisiko berikutan mesin ATM boleh dikawal jauh oleh penjenayah siber.

Mohd Reza yang menyangkal dakwaan itu berkata, kejadian yang berlaku pada 2014 satu-satunya insiden membabitka­n kecurian wang melalui ATM menggunaka­n sistem komputer untuk mengawal mesin berkenaan dari jauh.

“Dalam kejadian didalangi lelaki warga asing itu, penjenayah dipercayai menggunaka­n sistem komputer untuk mengawal ATM daripada jauh bagi mendapatka­n wang.

“Bagaimanap­un, selepas insiden itu, pihak BNM mengambil pendekatan mengetatka­n kawalan keselamata­n sistem komputer mesin berkenaan,” katanya.

Di Malaysia, kebanyakan kes kecurian dilaporkan membabitka­n mesin ATM dilakukan secara letupan berbanding kaedah mengodam sistem komputer mesin berkenaan untuk mendapatka­n wang.

“Dakwaan pihak luar bahawa Malaysia sasaran penjenayah siber untuk mengawal mesin ATM dari jauh tidak tepat berikutan akses terhadap sistem komputer sukar kerana sering ditambah baik ,” katanya.

 ??  ??
 ?? Acryl Sani ?? Sistem keselamata­n kukuh boleh elak mesin ATM digodam dan dikawal daripada jauh oleh sindiket penjenayah siber ”
Acryl Sani Sistem keselamata­n kukuh boleh elak mesin ATM digodam dan dikawal daripada jauh oleh sindiket penjenayah siber ”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia