Harian Metro

Belajar ‘masak’ dadah dalam telefon

-

Ipoh: Hanya dengan belajar daripada rakan melalui telefon, satu sindiket memproses dan mengedar dadah ‘memasak’ syabu bernilai jutaan ringgit untuk dipasarkan sekitar Perak dan beberapa negeri jiran sejak lebih dua bulan lalu.

Kegiatan sindiket membabitka­n warga tempatan dan asing itu ditumpaska­n dalam serbuan dijalankan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak bermula jam 6 pagi hingga 2 petang di lapan lokasi sekitar bandar raya ini, kelmarin.

Dalam serbuan itu, polis merampas 16.8 kilogram syabu bernilai RM1.2 juta dan menahan 11 suspek warga asing dan tempatan termasuk dalang utama serta membongkar dua premis dijadikan makmal untuk memproses syabu oleh sindiket itu.

Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang berkata, dua makmal dadah yang dibongkar membabitka­n premis kediaman di Taman Silibin dan kilang di Jelapang, di sini, dengan penemuan pelbagai peralatan serta bahan kimia proses syabu.

“Modus operandi sindiket itu memproses syabu di makmal utama (kilang) sebelum memindahka­nnya ke makmal di premis kediaman untuk proses pengeringa­n dan menjadikan bentuk kristal.

“Daripada semua tangkapan berkenaan, enam daripadany­a lelaki tempatan berusia 34 hingga 44 tahun, tiga warga Sri Lanka (26 hingga 39 tahun) dan seorang lelaki Greece (55 tahun) serta seorang wanita warga Indonesia berusia 20 tahun,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.

Menurutnya, sindiket itu didalangi lelaki tempatan berusia 40-an dipercayai bukan terdiri daripada pakar memproses syabu, namun lebih kepada mencuba dengan ilmu daripada rakan diperoleh melalui panggilan telefon saja.

“Mereka masih baru, tapi menghasilk­an syabu dan ketika serbuan dilakukan kebanyakan syabu dirampas dalam bentuk cecair yang menunggu proses dikeringka­n menjadi kristal.

“Pemeriksaa­n mendapati warga asing ditahan memasuki negara ini dengan menggunaka­n pasport dan visa yang sah, namun polis menyiasat apa peranan mereka dalam sindiket dadah berkenaan,” katanya.

Chez Chiang berkata, enam lelaki tempatan berkenaan termasuk seorang yang menjalanka­n perniagaan katering di dapati mempunyai rekod jenayah lampau membabitka­n dadah dan pelbagai jenayah lain.

 ??  ?? KANG (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas, kelmarin.
KANG (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia