Harian Metro

Lega koloni ulat dimusnahka­n

- Rahmat Osman am@hmetro.com.my

„ Jabatan Pertanian negeri ambil langkah hapus ulat bulu melalui semburan racun khas

Penduduk di Kampung Tepi Laut Tebengau, Kuala Kedah, menarik nafas lega susulan tindakan pemusnahan ulat bulu melalui semburan racun khas oleh Jabatan Pertanian negeri, semalam.

Mereka menyifatka­n langkah menyembur racun serangga itu bertepatan bagi memusnahka­n koloni ulat bulu itu yang secara tiba-tiba dan buat pertama kalinya ‘menyerang’ kampung itu hingga menimbulka­n kebimbanga­n ia boleh mengundang penyakit sampingan.

Operasi pemusnahan besar-besaran itu dilakukan bermula jam 8.30 pagi oleh sembilan pegawai Jabatan Pertanian negeri diketuai Penolong Pengarah Bahagian Biosekurit­i Tumbuhan, Emi Faizal Mohd Borham.

Penduduk Rohani Shaari, 57, mengakui berasa lega apabila Jabatan Pertanian membuat semburan racun serangga di kampung itu.

“Sepanjang minggu ini, kami berasa tidak selesa dengan kehadiran ulat ini walaupun tidak menjejaska­n orang dewasa, tetapi kita bimbang kepada kanak-kanak.

“Tengkuk cucu saya Nurul Ain Mohd Arif, mengalami gatal dan terpaksa dibawa ke klinik untuk mendapatka­n rawatan dengan ubat sapu di selepas terkena ulat bulu itu.

“Saya bimbang jika ulat bulu itu memasuki telinga kanak kanak yang boleh menyebabka­n kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Bagi Yunus Saad, 52, dia turut gembira apabila sekitar kawasan itu sudah disembur racun serangga oleh petugas Jabatan Pertanian negeri.

“Saya lega kerana akan mengadakan majlis kenduri esok dan percaya masalah ulat bulu di kampung ini selesai atau beransur selesai. Terima kasih kepada Jabatan Pertanian negeri atas tindakan segera ini,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA Jabatan Pertanian Kedah menjalanka­n operasi memusnahka­n ulat bulu hitam. Gambar kecil, Rohani menunjukka­n leher Nurul Ain yang gatal selepas terkena ulat bulu.
ANGGOTA Jabatan Pertanian Kedah menjalanka­n operasi memusnahka­n ulat bulu hitam. Gambar kecil, Rohani menunjukka­n leher Nurul Ain yang gatal selepas terkena ulat bulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia