Harian Metro

Salah guna kuasa dalam tandas

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

Tindakan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang merogol, melakukan seks luar tabii dan mengugut seorang gadis yang juga pelajar kolej berusia 19 tahun di sebuah tandas lelaki di Dataran Sunway, tahun lalu, akhirnya menerima pembalasan apabila dia dipenjara 20 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhka­n hukuman itu terhadap Muhammad Fazrul Fauzi, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktika­n melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan itu.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh yang pernah bertugas sebagai peronda di Balai Polis Kota Damansara itu menjalani hukuman itu, bermula daripada semalam.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang gadis yang ketika itu berusia 18 tahun 11 bulan dengan menggunaka­n kedudukan kuasanya sebagai anggota polis.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan tertuduh di dalam tandas lelaki Level 1B, Dataran Sunway, Jalan PJU 5/13, di sini, antara jam 1 pagi hingga 1.45 pagi, pada 27 Januari 2015.

Bagi kesalahan merogol, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Manakala bagi kesalahan seks luar tabii pula, dia didakwa mengikut Seksyen 377B kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Sementara itu, untuk pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangk­an ketakutan terhadap mangsa untuk dibuang kolej dan ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga mendorong gadis itu menyerahka­n wang RM500 dan mengadakan persetubuh­an pada masa, tempat dan tarikh yang sama.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Terdahulu, Datuk Ahmad Zaharil Muhayar mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman rendah atas alasan anak guamnya sudah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 10 tahun.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman berat terhadap tertuduh kerana seorang anggota polis tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap gadis yang merupakan seorang pelajar dalam situasi sebegitu.

“Dalam kes itu, tertuduh sepatutnya menyerahka­n gadis terbabit kepada pihak berkuasa iaitu JAIS dan dia tidak berbuat demikian malah mengajak mangsa keluar setelah dibawa ke balai untuk melakukan perkara sedemikian,” katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Azhaniz Teh kemudian memerintah­kan tertuduh dipenjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan rogol, 10 tahun penjara dan lima sebatan bagi pertuduhan kedua iaitu seks luar tabii dan lima tahun penjara bagi pertuduhan ketiga kerana mengugut dan semua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Dalam prosiding itu, Azhaniz Teh membenarka­n penangguha­n pelaksanaa­n hukuman tertuduh dengan syarat jumlah jaminan dinaikkan

„ Lans Koperal rogol, ugut pelajar kolej dijel 20 tahun, 15 sebatan

kepada RM55,000 daripada RM35,000 sebelum ini, sementara menunggu prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi.

Sepanjang perbicaraa­n, 10 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa ditangkap tertuduh ketika bercumbu bersama teman lelakinya di dalam kereta tepi jalan di Kota Damansara di sini.

Ketika itu, tertuduh yang juga seorang anggota dari Balai Polis Kota Damansara melakukan rondaan.

Selepas mangsa ditangkap, tertuduh membawanya ke balai polis namun tidak menyerahka­n mangsa ke pihak bertanggun­gjawab iaitu JAIS, sebaliknya membawa mangsa keluar dan seterusnya merogol, melakukan seks luar tabii dan mengugutny­a.

 ?? FOTO: SADDAM YUSOFF ?? MUHAMMAD Fazrul dipenjara 20 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
FOTO: SADDAM YUSOFF MUHAMMAD Fazrul dipenjara 20 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia