Harian Metro

Jaga hadapi 11 tuduhan noda anak kekasih

-

Georgetown: Seorang pengawal keselamata­n dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan, di sini, semalam atas 11 pertuduhan merogol anak perempuan kekasihnya sejak 20 Ogos hingga 19 November lalu.

Tertuduh, Meazmande Latiff, 38, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan terbabit yang dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid dan Irwan Suainbon.

Bagi pertuduhan pertama di Mahkamah Sesyen 1, Meazmande mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas, dekat sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 12.04 tengah malam hingga 10.15 pagi pada 20 Ogos hingga 5 November lalu.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen 2, tertuduh mengaku tidak bersalah atas lima lagi pertuduhan merogol remaja perempuan sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukann­ya antara jam 12.45 tengah malam hingga 2.45 pagi, pada 3 September hingga 19 November lalu.

Bagi semua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1), Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Idris dan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Inspektor Marysia Maklin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nurul Huda dan Marysia turut memohon mahkamah tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin untuk keselamata­n mangsa yang tinggal serumah dengannya.

Mahkamah membenarka­n permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan 10 Januari 2017 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 54 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan membunuh anak kandungnya dalam pergaduhan di rumah mereka di Jalan Permatang 24, Taman Desa Jaya, di sini, pada 22 November lalu.

Pertuduhan membabitka­n lelaki itu, Nasaruddin Abdullah terpaksa dilakukan di wad Hospital Sultan Ismail, dekat sini, kerana tertuduh sedang menerima rawatan akibat kecederaan dialaminya dalam kejadian itu.

Tertuduh mengangguk faham ketika kertas pertuduhan membabitka­n Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagaimanap­un tiada pengakuan direkodkan ketika

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia