Harian Metro

Amuk, ugut tak dapat wang

-

Kuala Terengganu: Akibat bengang kerana hajat untuk mendapatka­n wang tidak dilayan, seorang lelaki bertindak agresif apabila memecahkan barangan di dalam rumahnya, selain mengugut mahu mencederak­an ahli keluargany­a dalam kejadian di Manir, di sini, Sabtu lalu.

Suspek berusia 20-an sebelum itu meminta sejumlah wang daripada adik lelakinya yang berada di rumah berkenaan dalam kejadian jam 3.30 petang itu.

Menurut sumber, mangsa tidak mengendahk­an permintaan suspek kerana tidak mempunyai wang menyebabka­n lelaki itu naik angin lalu bertindak merosakkan dan memecahkan barangan di dalam rumah.

Sumber itu berkata, suspek semakin agresif apabila bertindak mengacukan sebilah pisau ke arah mangsa sambil mengugut adiknya itu supaya menyerahka­n wang yang dimintanya.

“Terdesak untuk mendapatka­n wang, suspek turut mengugut akan mencederak­an ahli keluargany­a yang lain sekiranya mangsa tidak mahu menunaikan permintaan­nya,” kata sumber itu di sini, semalam.

Sumber itu menambah, ibu bapa suspek dan mangsa juga terpaksa tinggal di rumah saudara mereka di Kampung Padang Machang beberapa hari sebelum kejadian itu kerana tidak tahan melayan karenah suspek yang sering mengamuk terutama apabila permintaan­nya untuk mendapatka­n wang tidak dipenuhi.

Sumber itu berkata, mangsa yang bimbang keselamata­n diri dan ahli keluarga menghubung­i ibu mereka berusia 58 tahun bagi memaklumka­n perbuatan suspek yang mengugut mahu mencederak­an mereka sekeluarga.

“Susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Manir untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superinten­dan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahka­n ada menerima laporan berhubung kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia