Harian Metro

JKM cari ibu budak 4 tahun

-

Shah Alam: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dikenali Lok Chew Yit atau nama Islamnya Nur Alifah Abdullah.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling dalam satu kenyataann­ya berkata, maklumat mengenai waris kanak-kanak bernama Kah Po itu diperlukan bagi membolehka­n siasatan lanjut bagi tujuan penempatan dan kebajikann­ya dapat dilakukan.

Menurut kenyataan

itu, Kah Po kini berada di dalam jagaan keluarga pelihara sejak 2013 melalui perintah mahkamah dan ibu kepada kanak-kanak itu gagal dikesan melalui alamat terakhir serta dimaklumka­n sudah memeluk agama Islam.

“Semakan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) menerusi alamat terakhir gagal dikesan dan maklumat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyatakan wanita itu sudah memeluk agama Islam.

“Kepada sesiapa yang mengenali ibu kandung kanak-kanak itu diharap dapat menghubung­i Pegawai Pelindung Noor Afdzan Mohd Sahandri Gani di talian 03-78422584/03-78422587,” katanya. Sepang: Majlis Perbandara­n Sepang (MP Sepang) sedang berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah untuk menyambung semula Jalan Pintasan Dengkil By Pass (FT29) sebagai satu alternatif lain ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Yang Dipertuany­a Datuk Puasa Md Taib berkata, penyambung­an itu perlu dilaksanak­an bagi mengurangk­an kesesakan lalu lintas terutama pada musim haji.

“Laluan ke KLIA akan lebih sesak apabila tibanya musim haji, malah kami menjangkak­an keadaan itu akan lebih teruk lagi apabila bangunan Kompleks Tabung Haji (TH) yang baharu akan siap dibina kelak.

“Oleh itu, kita sedang membuat kajian keseluruha­n kawasan berkenaan terutama mengenai implikasi kepada jalan yang terbabit,” katanya ketika ditemui selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MP Sepang di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua MP Sepang Muhammad Hafiz Shaari.

Puasa berkata, sebaik saja Kompleks TH yang terletak berhampira­n Masjid KLIA, dekat sini beroperasi tahun depan, laluan di Jalan KLIA 1 akan lebih sesak.

“Kita tidak mahu ia mengganggu pengguna jalan yang lain. Jadi, saya berharap JKR dapat bekerjasam­a dan mula melaksanak­an kerja penyambung­an jalan terus ke KLIA dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, kompleks yang turut dilengkapi hotel itu memberi kemudahan kepada ahli keluarga yang menghantar jemaah haji dan ia turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.

 ??  ?? NUR Alifah
NUR Alifah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia